Hidup Mencintai dan Dicintai..


Beberapa hari lalu, ak keluar bersama rakan2 lama yg hampir 3 tahun kami tidak berjumpa. Perjumpaan kami sgt meriah dan kami begitu teruja untuk bertanya khabar dan perkembangan masing-masing. Perbualan kami memakan masa hampir 1jam dan banyak benda yg kami bualkan. Segala memori diceritakan kembali..

Dan secara tiba-tiba,

Perjumpaan tersebut menanyakan dan menceritakan awek masing2..tidak terkecuali ak ditanya soalan sedemikian oleh rakan2..ak terdiam dan hanya mampu tersenyum..hoho…Suasana meriah td terhenti buat seketika..dan melalui ‘body language’ mereka ak dapat merasakan yg mereka seolah2 menganggap diriku ini “LOSER” kerna tidak memiliki awek..haha

Penulisanku ini bukan untk menceritakan ak still available ke x….tapi ak ingin menyatakan suasana disekeliling kte seolah2 menjadi satu kemestian untk memiliki awek atau pakwe sebelum berkahwin. Cuba kte lihat rancangan TV, hampir setiap kali cerekarama atau drama terutama drama melayu dipertontonkan babak Cinta antara Manusia ini.Cuba kte dengar radio, hampir setiap panggilan telefon dari pendengar radio menelefon untuk mengucapkan salam sayang kepada kekasih..Cuba kte pergi pusat membeli-belah, hampir setiap pasangan lelaki perempuan yg berpimpin tangan adalah yg belum lg ada ikatan perkahwinan.

Apakah semua ini ko tidak nmpk sahabatk-sahabatku...??

Aku bkan menghalang fitrah cinta ini yg lahir dari hatimu sahabatku..Tipu jika ak katakan ak x penah mencintai perempuan selama ini...tetapi ak takut perasaan cinta ini membuka peluang bagi Syaitan untuk melalaikan dan menjarakkan dirimu dari AR-RAHMAN, Tuhan sekalian alam. Sejauh mana kepastian kamu pada Tuhanmu, yg cinta kamu terhadap kekasih tidak melebihi cinta kamu terhadap AR-RAHIM..Sedangkan perkara sebenar yg berlaku adalah sebaliknya..ko meletak cinta kekasih lebih tinggi dari cinta Tuhanmu…

Tolong jujur katakan wahai sahabatku,

Manakah lebih kerap ko lakukan, membaca surat cintanye(Al-quran) ALLAH atau ko membaca surat cintanye(sms) kekasihmu..??

Manakah lebih banyak wang yg ko belanjakan, ke jalan ALLAH atau membelanjakan ia untk kekasihmu..??

Manakah lebih bersemangat untk ko buat, keluar ke surau kerna mendengar seruan azan atau keluar ke Shopping Mall kerna ingin keluar bersama kekasihmu ..??

Jawab pertanyaan ini sahabatku..Coretan yg ak luahkan ini bukan sahaja ak tujukan untk kalian tetapi ia adalah teguran keras pada diriku sendiri yg pernah terjerumus dgn cinta yg xde ikatan ini..Sahabatku, ALLAH lebih berhak untuk kita cintai dan ingati diusia ini..

“Ya Allah, aku tidak pasti samada Kau benar-benar meredhai cintaku pada-Mu. Aku sedih dengan suasana hatiku yang sering berbolak-balik dan kadang-kadang hampir ditewasi cinta manusia.Ya Allah, andai hati ini jauh dari-Mu, maka tukarkanlah hati ini dgn hati yg mencintai-Mu”

Asik-Asik Makan je..


"Asik-asik makan malam" itulah keluhan jiran berhampiran bilikku di Asrama Kampus Klang yg mana makan malam semacam menjadi tabiat kami hidup di klang ini. Btul juga kata die,keluhan die membuatkan ak tersentak dan berpikir… asik-asik keluar makan kat gerai luar..iskh ak nie knpa terlampau kerap makan malam sehingga kan perbelanjaaan duit poketku ku melebihi jangkaan perbelanjaan yg ak sasarkan…

Mana pergi Sifat Zuhud di dalam Islam yg sepatutnye ak cuba praktikkan..???

Sacara spontan ak membuka buku karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz…ak membaca satu bab dalam buku tersebut iaitu tokoh – tokoh zuhud dalam islam..di dalam buku tersebut antara Insan tebaik untuk dijadikan contoh adalah Nabi Muhammad SAW…Kehidupan Rasulullah sangat sederhana dan merupakan teladan terbaik kpd umatnye…Baginda sangat zuhud, hidup dalam keadaan serba sederhana dan kefakiran.Baginda makan sehari dan berlapar sehari.

Baginda bersabda, "Tuhanku menawarkan kepadaku untuk membuat gunung Batha' di Mekah menjadi emas. Aku berkata , 'Tidak wahai Tuhanku, yang aku mahu adalah kenyang sehari dan lapar sehari. Apabila aku lapar, aku akan bertadaruk kepadamu dan menyebut nama-Mu. Dan apabila aku kenyang, aku akan bersyukur dan memuji-Mu." (H.R Bukhari)

Ummul Mukminin Aisyah R.A berkata, "Keluarga Muhammad tidak pernah kenyang makan gandum selama tiga hari berturut-turut sejak baginda tiba di Madinah sehingga baginda wafat" (H.R Bukhari)..

MasyaAllah…Mulia benar Sifatmu Ya Rasulullah berbanding sifat kami…Jauh sungguh perbezaan Akhlakmumu dgn dgn Akhlak kami Ya Rasulullah…

Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari Azab api neraka(Al Baqarah:201)


Kemalangan yang hampir meragut nyawa...

Jam menunjukkan pkul 530 ptng...keadaan hujan diluar masih tidak berhenti..kami sekeluarga ingin pulang ke rumah(Shah ALam) melalui jalan Federal Highway...Alangkah tidak kusangka satu peristiwa yg hampir meragut nyawa kami sekeluarga berlaku tanpa diduga.....

...Peristiwa bermula tika mana ayahku memandu kereta dgn kelajuan 70km/jam di lebuhraya yang penuh licin..kemudian tanpa disedari di hadapan kami terdapat satu lopak air.....lopak itu membuatkan kereta kami berpusing dan hilang kawalan….


Allahuakhbar….masa itu lidah ak kelu untk berbicara sekadar melihat kejadian itu berlaku di depan mata…Nasib menyebelahi kami kerana kereta yg berpusing td tidak merempuh pengguna jalan raya yg lain. Ia merempuh pembahagi jalan dan ia terseret di pembahagi jalan itu sepanjang 5O meter….


Alhamdulillah…Allah masih panjangkan nyawa kami sekeluarga…tiada kecederaan teruk berlaku keatas kami…Adik kecilku menangis sejurus kemalangan berhenti disebabkan lemah semangat melihat dan mengalami sendiri kejadian tersebut….


Ya Allah, Ya Khaliq, kami sekeluarga bersyukur kehadratmu atas sifat kasihmu yg masih memberi kehidupan pada kami tika saat ini..Janganlah kiranya Engkau sudahi kehidupan kami dengan kesudahan yg ngeri dan buruk tapi kami memohon jika sampai ajal kami, Engkau sudahilah kehidupan kami dengan kesudahan yang baik….Amin Ya ALLAH…



51. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa Yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung Yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman bertawakal".(Surah At-Taubah, ayat 51)




Perempuan Oh Perempuan…


"Apa lar nak jd dgn rakan sefakultiku nie…igt cantik sgt ke…dedah sana dedah sni….igt lawa sgt ke seksi yg x tentu arah nie", keluh hatiku ketika ak keluar daripada bilik dan melihat sahabat perempuanku berkemban tanpa rasa segan silu…ak lantas pandang die tanpa mengelipkn mata sambil mengelingkn kepala…ak berbuat demikian dgn harapan die segan dgnku dan malu…

Tapi……jangkaanku meleset…die seolah2 suka dilihat demikian…

Perempuan oh perempuan…..!!!....ko dah lar beragama Islam…tp knpa ko masih belagak mcm betina….ak sedih melihat perbuatanmu..ko seolah2 mahu memilih jalan kefasikan berbanding jalan ketaqwaan sahabatku,

ALLAH berfirman dalam surah Asy-Syams(8-10)

8. maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.

9. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu

10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya

Sejurus kemudian, ak bertanya kpd rakan lelakiku yg rapat dgn dirinye…I ask him to give an advice and remind that girl to wear a proper clothes….but my friend said….."lar buang masa je ko tegur die pul, ak pnh tegur dan die penah ckp yg die suka lelaki tgk die mcm tue"

Iskh2x….

ap lar nk jd dgn sahabat ak sorng nie bkn ke if u think logically…yg bertutup itu lagi mahal harganye berbanding yg x brtututup…Contohnye cuba kte g kedai buku untk mmbeli buku…Rasenye2 buku mana yg kte pilih untk dibeli sekiranya yg hendak dibeli hanya1 buku tetapi diberi 2 pilihan yang mana tajuk bukunye serupa tetapi keaadan bukunye sgt berlainan…. Satu buku, keaadannye xde pembalut yg mana bukunye telah banyak kali dipegang oleh org DAN satu buku lagi elok dibalut rapi dgn teliti dan tidak diusik oleh orng…

Rase-rasenye buku yg mana kte pilih..?????

Sudah tentu buku yg dibalut rapi bukan ???……Sahabatku….Hidup kte hanya sekali sahabatku…Umur bertambah hari demi hari…Tetapi persoalannye…??? Adakah amalan baik kte turut bertambah hari demi hari….??? Atau amalan jahat kte yg bertambah mengikut hari…??

Allah berfirman dan surah An-Nur(ayat 31)

31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.


Mencuri Sesaje...!!!


Pelik...!!!!memang pelik...!!!!haha...ak pun x tau ape yg sedang dipikirkan oleh sahabat ku ini...seorang chinese yg mana mencuri psp yang empunyanye seorng melayu kawan ku ....alasan untk mencuri adalah saje-saje and try to release tension by doing this.....so funny to hear the reason from him...haha....entahlah.....

Bkan sekadar curi sahaja die penah lakukan..malah peperiksaan baru2 nie...dia meniru dan membawa nota kedalam dewan peperiksaan tanpa rasa bersalah...kalo mahukan saksi, Lebih dari 4 kawanku telah melihat dia meniru secara terang2 terangan...pelik btul die nie.... huhu...ape yg die seronok kalo dpt markah tinggi tp bkan markah sebenar...yg lagi pelik dgn insan ini....dia mengatakn die buat semua ini "with his intention" just to force the faculty to quit him from taking the medicine's course....

Apa sebenar yg dicari insan ini......

Alhamdulillah, ketika psp kwnku hilang, kami dpt syak yg die telah mencurinye....mula2 die x mengaku..tp setelah menyelongkar...baru pecah tembelang yg die ambk....iskh memang siot btul mamat cina nie...!!!! mcm nk kena terajang je....

Tapi lama kelamaan kami soal selidik die, die mula menceritakan masalahnye kpd kami...mcm2 masalah die...nie membuatkn hatiku berpikir adakah sekiranya ak pukul die membolehkan die x mencuri lg...?????atau pukul die boleh menyelesaikan masalah die..???

Kemudian...Entah mcm mana kami lepaskan die pergi begitu saje setelah diceramah oleh kawanku lebih kurang 1 jam...die pergi sambil menitik air mata...

Lebih kurang 1 jam masa berlalu, si cina tue tetiba ketuk bilik ak..dan ak menjemput die masuk dan meraikan die sebagai tetamu yg diajarkn dlm islam....dan disitu ak cuba berdiskusi dgn die "face to face" dan cuba menyelami perasaan nye... lebih kurng 30 minit kami berbual bersama...byak yg kami bncngkn dan ternyata hatinye kosong , jiwanya ampuh...dan die terharu dgn layanan ku...sbb sblum ini die mengatakan blum ada kawan cina die yg layan die sebaik itu...die mengatakan lg hampir semua kwn die boikot dirinye sbb die telah buat tahi dikalangan kaumnye dan die ingin berubah tapi ramai kawan2nye bersifat "selfish" ...

Wahai pemuda cina...!!!!!jika kau tau betapa indahnye bekawan kerana ALLAH...ko akan merasakan cukup indah nilai persahabatan itu...jika kau tau tujuan hidupmu untuk mengabdikan di kpd ALLAH...ko tentu tidak membazirkan peluang diberi kehidupan itu untukmu...jika ko tau cinta teragung adalah Cinta kan ALLAH....ko pasti tiada kesedihan dgn segala kehilangan yg sementara yg ko hadapi.......

.

Assalamualikum


Alhamdullilah...akhirnye...niaT dihati rase nk wat blog berjaya....huhuhu...insyaallah dgn peluang yg ada ini...ak akn berusaha dan menggunakan sebaik peluang yg ada untk mengkritik dan menyatakan pandanganku berdasarkan isu yg berlegar disekeliling ku......Bukan sekadar kritikan yg perlu ditekankn..tetapi unsur dakwah disebalik kritikan yg harus diambil.....ape2pun...aku mengucapkan kpd semua Selamat Hari Raya dan seoga kalian semua mendapat ijazah kecermerlangan dari bulan Ramadhan