Krisis kenal Tuhan..


3 hari yg lepas dalam perjalanan kami ke UM(ada kelas) ak berbual dgn rakan teman sefalkuti, ak secara spontan bertanya kepadanya "Ko rasa selama lebih 20 tahun ko anuti agama Islam ini, ko tak pernah ke terpikir kat otak ko..betul ke agama islam yg ko anuti selama ini...???betul ke islam ini agama yg terbaik.???ko percaya ke ALLAH ini betul2 wujud..???,"....lama juga dia berpikir untuk menjawab...dia menjawab "dah adanya alam ini dan adanya manusia...dan Al-quran itu adalah mukjizat..so betul lar islam ini agama yg terbaik??...ak menjawab balik " ble ko kata adanya alam ini dan adanya manusia dan Quran itu adalah mukjizat...So WHAT..!!!!! apa kena mengena ngan ALLAH ini wujud...apa significantnye...!!!apa ko ada bukti kukuh nak yakin kan ak..???apa betul Quran itu mukjizat..???buktikan..???,"...panas juga soalan ak pada die..huhu...ternyata die diam dan belum bersedia menjawab soalan aku itu...

Peristiwa ini membuktikan betul juga apa yg dikatakan Naqibku Ustaz Wanji, yg umat sekarng ini mempunyai krisis 'kenal tuhan'...

Wahai Saudara muslimku, sekiranya kamu tak mempunyai dalil yg kukuh dalam kamu menganuti agama ini...kamu seolah2 seperti orang "buta" yang menganuti agama ini tanpa sebarang pedoman...tapi sekiranya kamu mempunyai dalil yang kukuh dalam kamu menganuti agama ini, kamu akan menjadi seorang muslim yang kuat imannya dan menggunakan akal dengan sebaik2nya...

Firman ALLAH: Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu(wahai Muhammad) benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran(Ar-Ra'd:19)

Ak takut wahai sahabat2ku, jika sekiranya manusia tidak mengenali ALLAH, pencipta dan Pemilik serta Pemerintah alam ini, ia tidak ubah seperti haiwan yg hidup didunia....Tanpa mengetahui siapa menciptanya dan kenapakah dia hidup di dunia ini. Dia makan , minum, tidur, bangun dan menghabiskan umurnya sedangkan dia sendiri tidak megetahui kenapa dia hidup dan kenpa dia wujud..???

Firman ALLAH: Dan (sebaliknya) orang-orang Yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka(Muhammad:12)

Ak takut wahai sahabat2ku, jika sekiranya manusia tidak mengenali ALLAH, dia akan melakukan kebinasaan didunia dengan perbuatan dan tindakannya yang buruk kerana dia tidak merasa yg ALLAH Maha Melihat segala perbuatannya...


Wahai sahabat2ku, tika saat ini amat sedikit sekali ak melihat usaha kalian mencari tuhanmu...adakah sekarang ini kalian berasa sudah puas dalam mencari tuhanmu.. adakah sudah cukup membuatkan kamu betul2 beriman(yakin) yg Allah adalah tuhan yg satu...???

Kisah Sultan Muhamamd Al-fatih

Aku pernah terbaca dalam sirah kemenangan Islam dizaman Sultan Muhammad al-Fatih....yg mana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda ketika menggali Parit Khandaq;

"..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……" (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan selepas kemenangan keatas constantinople, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Sultan Muhammad al-fatih memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh.....Subhanaallah hebatnya .... Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Wahai sahabat2ku, kalian lihat betapa dekatnya hubungan sultan dan tenteranya dengan ALLAH, adakah hubungan tersebut terjalin dgn begitu sahaja tanpa yakin seyakin-yakinnya bahawa Allah adalah tuhan sekalian alam..???? mustahil dan bodoh ak katakan jika hubungan itu terjadi dgn sendirinya...

Ekspedisi Gunung Stong

Alhamdulillah baru-baru ini ak bersama sahabat-sahabat yg lain telah selamat pulang dari perkhemahan kami ke gunung stong yg terletak di daerah Kuala Krai. Perjalanan ak kali ini bukan sekadar perjalanan ksong dan biasa tetapi perjalanan yg mahu menyaksikan sendiri makhluk ciptaan Tuhan yg MAHA AGUNG....Subhanaallah cantik sungguh pemandangan nye dan unik sungguh hasil ciptaan-NYA...bayangkan air terjun yg mengalir tidak henti2, ikan wujud dan hidup walaupun berada 400 meter dari aras laut, dan titisan2 air yg membentuk kabus selepas hujan.... Adakah semua ini terjadi dengan sendirinya...???