Ibrah from Exam



Sekarang ini musim exam...ak pernah melaluinya 1bulan yg lepas dan aku tahu bagaimana perasaannya...

Disini lah perasaan risau, gementar, takut ,berharap dan tawakal semakin memuncak..Perasaan itu akan lebih dirasa apabila saat2ً exam itu adalah ujian yang terakhir sebelum aku bergelar menjadi doktor....

Tatkala aku mengenangkan balik kenangan2 exam itu....ada satu benda yg aku belajar....

Manusia itu apabila keadaan lemah ia akan Beringat akan yg Maha Kuat

-Ketika masa aku berbual ngan si dia 4 bulan sebelum exam..belum pernah aku dengar akan perkataan Kalimah Allah..tetapi bilamana exam tinggal beberapa hari lagi aku mengadu dan berborak tentang risaunya exam dengan dia..Lantas dia berkata "Kita berharap dan berdoa je pada Allah, ko dah usaha yg terbaik kan.."...saat itu dalam hati ku berbisik "WOW..!!"

-Ketika beberapa hari sebelum exam bermula, aku tersenyum dengan wall post facebook masing-masing penuh dengan pengharapan dan permintaan pada Allah..

-Ketika beberapa hari sebelum exam bermula, aku kagum dan gembira dengan orang yang jarang nampak di surau, beramai-ramai turun ke surau dan bersama-sama solat hajat ,membaca yassin dan berdoa

Manusia itu apabila keadaan selesa ia akan Lupa akan yang Maha Pemberi

-Ketika beberapa hari selepas exam diumumkan,"Tak sia-sia usaha ak selama nie, jom malam nie bersiap-siap pergi dinner" "Yahoo..!!! Ak dah jadi doktor akhirnya...korang dah bleh panggil aku doktor" "Wei korng nk wat ape lepas nie...Jom pergi bercuti sepuas-puasnya"

-Ketika beberapa hari selepas exam diumumkan, aku menggelengkan kepala dengan wall post facebook masing-masing penuh bangga dengan keputusannya

-Ketika beberapa hari selepas exam diumumkan, terkejut dengan sikit bilangannya yang turun ke surau dan keadaannya tidak seperti sebelum exam

Aku takut ayat Allah dalam surah Ar-Ruum yg bermaksud :

[30:33] Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya

...Maha suci Allah daripada sifat yang tercela, Aku berdoa kepadaMu agar ditetapkan iman dan menjadi golongan yg sentiasa berzikir dan bersyukur kepadaMu Ya Allah...

Yang Ikhlas,
Hamba yg berjiwa khalifah...