Aku mahu Sex, minum Arak, Clubbing...tapi aku mahu Masuk Syurga..!!

Pernah terjadi dalam hidupku ketika aku berbual dengan salah satu rakan non-muslim

mereka pernah menanyakan

"Tak boring ke u jadi muslim...u all muslim banyak benda xleh wat..makan babi xleh...minum arak xleh...tgk video lucah xleh...pergi clubbing xleh.."

hoho..Panas gak soalan die bagi kat aku... :)

Alhamdulillah , aku menjumpai satu video yg sangat tuntas dan sgt best menjawab persoalan2 tersebut daripada Pendakwah idolaku Nouman Ali Khan..

Cabaran Buat Doktor Islami..!!



Sekarang ini kecoh dibuatnya mengenai isu Shift system. Ramai yg membantah dan ada juga yg suka mengenai perlaksanaanya. Nak x nak ia akan dimulakan pada satu 1 september 2011 by hook or by crook. Bagi aku, benda ini terjadi antara sebab utama adalah kebanjiran houseman yg sukar dibendung. Lihat sahaja stastitik mengatakan bahawa tahun 2010 sahaja kita sudah mempunyai 6000 houseman di Seluruh Malaysia dan dijangka pada tahun 2015 ia akan mencecah 8000 dan harus diingat juga hampir separuh daripada 32 medical school di Malaysia belum menghasilkan lagi graduasi mereka yg pertama. Bayangkan melihat jumlah yg sekarang ini pun sudah menakutkan, apalagi untuk menunggu sehingga ke 2015 yg mana pasti status “Doktor” yg suatu masa dulu di cita2 kan oleh anak kecil akan mula mempertimbangkan suatu karier yg baru yg lebih banyak peluang dan ruang.

Haha...motif penulisanku kali ini bukan berkisar tentang keluhan terhadap banyak nya houseman tetapi lebih berobjektifkan cabaran dan challenge yg bakal dihadapi oleh bakal doctor yg akan bergraduate kelak. Bayangkan sahaja kalo mahu melanjutkan pelajaran master in Surgery , seorang doctor terpaksa bersaing dengan lebih daripada 6000 org yg mana pengambilan setiap tahun dimaklumkan hanya 600 sahaja tempat yg ditawarkan.

Adui..!!..itu baru tahun ini sahaja macam mana kalo 3 tahun yg akan datang, confirm lar ia akan bertambah, dan boleh jadi 10000 orang doctor yg akan apply untuk ke master programme of surgery.

WOW.....BANYAKNYA...!!!!

Jadi , persoalannya sekarang bagaimana untuk mengapai cita2 masing2 dan bertahan dalam karier sebagai seorang doctor.

Jawapannya mudah iaitu.......KUALITI dan KREDIBILITI sebagai seorang doctor..!!!

Sahabat2ku,

Kalo sebelum ini , bakal doctor yg memegang panji Islam ini sering kali dilabel sebagai yg suka ponteng dalam kelas dan selalu repeat tahun/paper. Namun persepsi sebegini harus diubah kerana zaman sekarang adalah “Zaman Kompetensi” yg mana ia di ambil dikira untuk survive dalam aliran kesihatan ini.

Title “Doktor” bukan lagi menjamin kita untuk mendapat sanjungan dan respect di mata masyarakat, tetapi title “Doktor yg Kompetent” yg akan menjadi respect dan sanjungan di mata masyarakat..!!

Jika tidak lagi mendapat respect dalam masyarakat bagaimana munkin untuk sang daie ber”retorik” dalam menyampaikan Islam di Khalayak ramai...??

Rasul Junjungan kita

Kalo dilihat contoh yg terbaek buat kita sang daie adalah Nabi Muhammad SAW, sebelum baginda secara rasmi menjadi Rasul dan menyampaikan islam pada umur 40 tahun,

Apakah title yg diberi kafir quraish pada nabi saat itu.. ???

Al-amin dan As-siddiq = Yang Amanah dan Yang Benar

Persoalan timbul kenapa tidak Allah menjadikan Muhammad lebih awal kerasulannya.

Kenapa tidak pada umur 15 tahun..??

Kenapa tidak pada umur 20 tahun..?? dan

Kenapa tidak pada umur 3o tahun..??

Ini kerana, hikmah besarnya adalah agar Muhammad dapat mencipta dan melahirkan Kredibiliti dan Respect di kalangan masyarakat dengan title “Al-amin dan As-Siddiq” ketika itu sebelum berjuang dan menyampaikan agama Allah kepada masyarakat.

Ini bermakna nilai Kredibiliti dan Respect seharusnya dititikberatkan dalam element penting untuk menjadi seorang Daie.

Makanya Ayuh sahabat2 sefikrah denganku, jangan biarkan pelajaranmu diambil sambil lewa sehingga menganggu gugat Kredibilitimu sebagai seorang Daie..!!!

Pesanan untuk diri dan sahabat2 semua bawalah dirimu dalam bidang ini dengan 2 tanggungjawab

1) Merasa diri sebagai HAMBA ALLAH dengan melakukan setiap tindakan sebagai Ibadah

2) Merasa sangat bertanggungjawab sebagai KHALIFAH YG KOMPETENT dalam menggalas tugas sebagai seorang doktor kelak.

Coolness in The Eye

Masyallah,video yg sangat menarik, mengupas tentang makna Doa "Coolness in The Eye" dalam surah Al-furqan ayat 74

Sekaligus Doa ini menjawab pertanyaan kenapa kita harus memilih bakal Isteri/Suami dalam perancangan hidup berkeluarga secara Islami
1)Sebagai Penyejuk Mata
2)Agar dapat menjadi Imam(Contoh) bagi orang yg mahu Bertaqwa



"Ya ALLAH, please Grant me future wive and offspring who will be Coolness of My Eyes, and gave me(the Grace) to lead the righteous"

LIFE is all about PROBABILITY


Ada sesuatu peristiwa yg membuatkan aku teringat ketika aku baru bekerja sebagai seorang doktor, Seorang pak cik yg umurnya sekitar 5o-an yg mempunyai multiple comorbidities(die ada wound abscess, end stage renal failure, heart failure, impending sepsis) berkomunikasi seketika denganku ketika aku ingin mengambil darahnya.Perbualan tersebut mengajar sesuatu yg bermakna dalam hidupku.

Pak cik: Doktor kenapa tidak biarkan saya mati je, saya berpuluh-puluh kali masuk hospital, dan macam2 penyakit dah saya ada, saya dah xsanggup tahan sakit dah”

Aku : Kenapa pak cik kata mcm tue, kami doctor kena berusaha untuk membolehkan pak cik sihat

Pak cik : X guna lar doctor, kalo pak cik nie ditakdirkan mati, akan mati jugak kan”

Aku : Abis tue pak cik dah putus harapan untuk hidup ke..???

Pak Cik: Bukan maksud pak cik putus harapan, cuma pak cik nak ingatkan diri pak cik dan doctor... Ingatlah pesan pak cik hidup ini adalah satu keberangkalian..!!

Aku: Kenapa pak cik kata macam tue..???

Pak Cik: Cuba doctor lihat semua benda dalam dunia ini adalah bermain dengan keberangkalian, Xde satu benda pun yg confirm dan pasti... Ketika doktor ambik exam dulu ..confirm ke doktor akan lulus exam dan terus menjadi doctor

Aku: X pakcik...kami exam susah nak lulus...berapa ramai kawan saya sangkut sebab exam

Pak cik : Tau pun...ada keberangkalian doktor akan lulus menjadi doctor atau gagal dalam exam dan terus terbantut untuk menjadi doctor kan..???

...ambik contoh lain org yg bertunang yang menginginkan sampai ke akad nikah , adakah confirm/pasti dia akan berkahwin dgn tunangnya itu...???

Aku: Ada keberangkalian die kawin ngan tunangnye ada keberangkalian die kahwin dengan org lain

Pak cik : Tahu pun...so dapat x doktor tunjukkan saya satu keadaan dalam hidup nie yg outcome resultnya PASTI atau CONFIRM tanpa ada KEBERANGKALIAN....

Aku berfikir sejenak sambil memindahkan darah kedalam blood tube untuk dihantar ke makmal....selang beberapa ketika...aku menjawab..

Aku: Xde lar pakcik....so kalo mcm tue , kami merawat pak cik pun adalah keberangkalian jugak larkan, ada probability pak cik sembuh , ada probability pak cik x sembuh...

Pak cik: Betul kata doctor ..tapi tahu x doctor bahawa dalam hidup nie ada satu benda je pasti

Aku: apa die pakcik..???

Pak cik: ...MATI...bila2 pak cik boleh mati cuma x tahu masa je...doctor pun xtau kematian doctor ble...bleh jadi saya mati dulu dari doktor...dan bleh jadi doktor mati dulu dari saya. Tapi yg pasti Kita berdua PASTI akan menemui MATI.......

Selang beberapa hari , pak cik tersebut collapse dihadapanku, dan aku antara org yg terlibat dalam resuscitation beliau...Akhirnya pak cik tersebut meninggal dunia untuk menemui Tuhannya dengan satu pesanan yg cukup berkesan dalam hidupku..LIFE is all about PROBABILITY...and DEATH is the only CERTAIN thing.

pesan ALLAH dalam Surah Ali-Imran (ayat 185)
"
Tiap-tiap yang berjiwa PASTI akan merasai MATI"

p/s: cerita tersebut tidak melibatkan sesiapapun samada org yg hidup atau org yang mati....ia hanya pengajaran untuk diambil pedoman bersama..

takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Dr Lo' Lo' dan Moga2 Rohnya dicucuri Rahmat ALLAH....AL-Fatihah