Adakah Robert Kiyosaki Seorang Khalifah ??





Agak Provokatif sungguh tajuk artikel aku kali ini....Setelah membaca dengan khusyuk dan teliti buku Kiyosaki “Before You Quit Your Job” selama 2 minggu... aku menemui Peranan seorang Khalifah secara Tepat dan Jelas ....dan aku terpegun dan kagum dengan Pemikirannya walaupun tidak ada satu perkataan ‘Khalifah” pun yang tertulis dalam buku beliau

Apa itu Khalifah ...??
Khalifah hasil kajian dan Bacaanku....Ia sering dikaitkan dengan Tujuan Hidup...
Sebagaimana yang kita ketahui Sebagai Seorang Islam ...
ada 2 Tujuan Hidup perlu kita sempurnakan iaitu Hamba Allah dan Khalifah Allah.....
Dan Bilamana Khalifah ini diperincikan dan dihuraikan ....
Ia adalah  Berbentuk Peranan dan Tanggungjawab Seseorang Manusia terhadap Makhluk Ciptaan Allah(Manusia,Alam dan Binatang)....

Dan Salah satu Peranan Paling Penting adalah dalam Tanggungjawab terhadap hubungannya dengan Manusia...

Dan “MISSION STATEMENT” dalam Perhubungan itu adalah untuk “MEMAKMURKAN BUMI”  ke Arah “BALDATUN TOYIBATUN WAROBUN GHOFUR”

1st Tangunggjawab Khalifah : “Finding Your Gift”

Tanggungjawab yang pertama untuk seseorang yang bergelar Khalifah adalah “Finding Your Gift” yang di Kurniakan oleh Allah untuk manusia.......

Setiap Manusia aku percaya mempunyai Gift(Anugerah) tersendiri, dan “Gift” itu selalunya adalah benda yang yang mempunyai nilai  “Passsion” tanpa ada faktor lain yang menyuruh kita menyukainya..........

Ada Orang “Passion” nye adalah Education (Pendidikan)  
Ada Orang “Passion” nye adalah Menolong Orang
Ada Orang “Passion” nye adalah Keewangan dan Pelaburan
Ada Orang “Passion” nye adalah Mentoring and Nurturing
Ada Orang “Passion” nye adalah Music dan Seni
Ada Orang “Passion” nye adalah Teknologi dan IT ...
dan Pelbagai “Passion” bakal dijumpai sekiranya Manusia itu mencarinya....

Setelah Menjumpai “Gift” itu , Proses Pendetailan Gift itu harus diteliti dan diperinci ke arah ruang “Kritikal” yang diperlukan untuk Berperanan dalam Masyarakat seperti mana yang diungkapkan Kiyosaki didalam bukunye berkenaan “Spiritual Money”

“Spiritual Money  is not about money. It’s about doing a job not because you want to do it, but because it must be done and you know deep down in your soul , you’re the one that is supposed to do it”

2nd Tanggungjawab Khalifah : “Dedicated to giving your gift”

Tanggungjawab kedua bagi Seorang Khalifah ini adalah Proses Maturing dan Development terhadap “Gift”

Kalo “Gift” itu Doktor, ia memerlukan banyak proses Maturing dan Development. Ia perlu menguasai Ilmu Anatomy, Ilmu Paediatric, Ilmu Pharmacology, Ilmu Medical dan sebagainya.

Kalo “Gift” itu Usahawan , ia memerlukan banyak proses Maturing dan Development. Ia perlu menguasai Ilmu Finance, Ilmu Marketing, Ilmu Leadership , Ilmu Legal , dan sebagainya

Kalo “Gift” itu Ustaz, ia memerlukan banyak proses Maturing dan Development. Ia perlu menguasai Ilmu Agama, Ilmu Communication, Ilmu Presentation, Ilmu Psychology dan sebagainya  

Kiyosaki menggelarkan ia proses “Going Through the Eye of Needle”  dan di dalam Islam ia adalah “ITQAN” dan.......

“ITQAN” itu pula kandungan nye Komitmen, Kemahiran yang tinggi dan Iltizam.

Seperti mana yang diungkapkan Kiyosaki didalam bukunye berkenaan “Dedicated to giving your gift”
“Most people have to dedicate their life to finding and developing their gift. Unfortunately , the world is filled with gifted people who never develop their gift . Findings one’s gift can be hard work , and then developing one’s gift can be even harder work. And that is why so many people appear to be below average”

3rd Tanggungjawab Khalifah : “Giving Your Gift”

“Memberi lebih gembira daripada menerima”

“Hidup Untuk Memberi”

“What U Give , U Get Back”

“Memberi itu Satu Kepuasan”

“Hidup Cemerlang dengan Memberi”

Pelbagai ayat motivasi mengenai “Giving Your Gift” yang boleh kita temui didalam buku motivasi atau seminar yang dijalankan .

“Tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah, tangan diatas itu pemberi dan tangan yang dibawah itu peminta “ Riwayat al-bukhari

“Sebaik-baik Manusia ialah manusia yang memberi Manfaat kepada orang lain”                  
 Riwayat al-baihaqi

Aku memetik akan Ustaz Nouman pernah memberitahu dalam kuliahnya, Dakwah Islam itu sendiri adalah  elemen Memberi dan memberi itu boleh dibahagikan 3
1.       Memberi Pendidikan (Education)
2.       Memberi Bantuan /Pertolongan (Helping People)
3.       Memberi Perlindungan (Protect People)
Perjuangan Khalifahku

Setelah mencari dan terus mencari dalam perananku Sebagai Khalifah didalam dunia Kesihatan dan Pelaburan yang aku ceburi ini . Aku Kagum setelah Menyelusuri Perjalanan Hidup Kiyosaki dalam bukunya, Yang mana Beliau mencari Gift (Hebat sebagai seorang Usahawan(Entrepreneur) dan Pelabur(Investor)) dan “dedicated the gift”  bersungguh-sungguh, tanpa mengenal erti putus asa dan ikhlas dalam tanggungjawab (giving your gift) memastikan Manusia Celik akan Keewangan dan menginginkan Masyarakat mendapat status “Financial Freedom” . Prinsip itu tidak lari dengan Prinsip Islam dalan Sunatullah Seorang Khalifah Usahawan. Moga2 kita mendoakan agar beliau mendapat hidayah dan menjumpai Tujuan hidup Manusia yang sebenar-benarnya iaitu Hamba Allah. Amin



Ya Allah Berikanku Semangat dan Kekuatan untuk Memegang Amanah Khalifahmu ini dalam Dunia Kesihatan agar Matlamat ku Membentuk MultiNasional Cooperation in Healthcare menjadi salah satu Amal Soleh buat diriku di Akhirat kelak. Amin...


Coretan,
Hamba Yang BerJiwa Khalifah,
Dr Mohd Saifulhaziq Noorman








Evolusi Ujub, Riak,Takbur menjadi seorang Doktor



Ketika aku membuat panggilan untuk bercakap dengan seorang specialist untuk meminta ventilator support. Perkara pertama yg dia soal kepadaku saat permulaaan perbualan kami adalah “Awak Houseman(HO) ke Medical Officer(MO)..!!” Tanya beliau. Aku menjawab “saya senior houseman”, die kembali membalas “Saya minta maaf, saya xmahu membuang masa saya bercakap dengan houseman, sambil meninggikan suara lantas meletakkan telefon dengan pantasnya..

Astaghfirullah! Berderau darah aku, degup jantung juga kencang, terjahan kata2 itu ibarat pisau lipat yang tajam, menghiris-hiris luka hatiku

Apa nak jadi lar dengan specialist seperti ini? Apakah die tidak pernah mengalami dan memasuki dunia houseman suatu ketika dulu dan secara sekelip mata terus menjadi seorang pakar..??

Hasil penelitianku and andaianku setelah hampir setahun aku bekerja dalam dunia perubatan, sikap sebegini sebenarnya terhasil dan terevolusi sejak dari houseman lagi. Ia bermula dengan Ujub, kemudian setelah naik menjadi Medical Officer(MO), taraf sikapnya meningkat kepada riyak dan apabila mendapat title pakar, tarafnya sikapnya meningkat lagi kepada takabbur. 3 sifat mazmumah yang amat biasa berlaku ini mengalami evolusi tersendiri disepanjang karier mereka,

Ujub ketika Houseman

Ujub ertinya berasa takjub dengan diri sendiri, Berasa dirinya hebat dan lebih daripada orang lain, walaupun perasaan itu mungkin tidak terlafaz atau dizahirkan dengan kata-kata.

Contoh yg sering berlaku, Seorang houseman(HO) yg cukup ilmunya hasil daripada pembacaannya yg banyak dan bekerja secara cekap boleh terpercik penyakit ujub, jika terdetik dihatinya perasaan dan kata-kata “Alhamdulillah, aku x pernah pun kena marah dengan specialist, MO ku semua mempercayai diriku , dan rakan2 HO sering bertanya soalan kepadaku,”

Cukup dengan merasai kehebatan diri sendiri itu, walau tiada siapa pun memujinya dikhalayak ramai , maka rasa takjub dengan diri sendiri itulah namanya ujub

Riyak ketika Medical Officer

Penyakit ujub yang dilayan dan dibiarkan bermain-main di perasaan, jika tidak dibendung dan dirawat segera, akan mudah merebak menjadi riyak. Bagaimana ?

Jika si MO tersebut mula membuka mulutnya untuk menceritakan kehebatannya ketika HO dan mengharapkan orang melihat kehebatannya.

Contohnya , Ketika die menjadi MO die sering memberitahu dan menceritakan kepada HO, yang ketika die menjadi HO banyak procedure die telah lakukan, ketika HO die selalu berdikari tanpa mengharapkan MO dan ketika dia HO die tidak pernah di “extend” dan mengakhirkan posting nye dengan cemerlang.

Yang mana Ungkapan itu lebih bertujuan memaklumkan kepada HO itu, bahawa die lebih bagus daripada HO tersebut. Maka jatuhlah si MO itu ke perangkap riyak iaitu melakukan amalan kerana ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia dan mengharapkan pujian

Takkabur ketika Specialist

Riyak yang kronik akan membawa si penghidapnya kepada takabbur, iaitu kemuncak keburukan akhlak pada mana-mana makhluk. Orang yang takabbur akan berbangga dengan kelebihannya dan menempelak orang lain dengan menganggap semuanya lemah dan buruk.

Ketika seorang specialist memarahi HO nye “You all are stupid, Mangkuk and monkeys, u all better jump outside of the window and die, You know during my Houseman , i’m not stupid like u all “

Itulah cercaan-cercaan Takabbur yg selalu dilontarkan ke Houseman..hehe

Takabbur sifat Iblis

Takabbur ini ialah penyakit bawaan iblis yang berasa dirinya lebih hebat berbanding Nabi Adam as. Seperti yg diceritakan dalam Quran, apabila iblis enggan sujud (hormat) kepada Nabi Adam as seperti para malaikat yang lain. Iblis membantah dengan kata-kata

Aku lebih baik daripada Adam, Engkau(wahai ALLAH) jadikan aku daripada api sedangkan dia, Engkau jadikan daripada tanah” (Surah al-a’raf 7:12)

Takabbur sang iblis menyebabkan dia dihalau keluar dari syurga oleh ALLAH s.w.t. Sifat takabbur adalah sifat yang amat dibenci oleh ALLAH. Nauzubillahi min zalik

Justeru, mari kita pelihara diri ini daripada ketiga-ketiga sifat yang keji ini untuk selamat daripada mendapat kemurkaan Allah. Orang yang bersikap begini sebenarnya rugi kerana dia menutup pintu nasihat, teguran dan pandangan orang lain kepadanya . Malah dia tidah menghimpun apa-apa pada dirinya kecuali kebencian dan kemarahan orang lain. Kita akan berasa meluat dan menyampah jika ada kalangan kita yang bersikap ujub, riyak, takabbur.

Ya Allah jauhkan diriku daripada sifat ujub,riyak dan takabbur. dan kepada-MU aku bermohon supaya dipelihara walau setitik pun sifat tersebut dalam hatiku ini..amin...

Ayuh Pesakit ku..Hidup mu Untuk Mati...!!


“Are we afraid to death? I will be by killing or by cancer . The same thing. We are all waiting for the last day of our life.Nothing will be changed. If it is by cardiac risk or by Apache. But i prefer to be by Apache” –Dr Abdul Aziz Ar Rantissi

Secara jujur kalimah ini diungkapkan oleh As-Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantissi beberapa hari sebelum beliau diserang oleh pesawat tempur Apache rejim Zionis. Beliau sudah membayangkan kematian hingga akhirnya beliau meraih apa yang di cita-citakan iaitu syahid

Apa yg ingin aku renungi saat meneliti kata-kata itu ialah, Bagaimana kita merancang untuk MATI? Setiap manusia akan melalui saat getir kematian. Tetapi bagaimanakah cara kita ingin mengakhiri silibus kehidupan ini ? posisi apakah yang menjadi pilihan saat Malaikat Izrail datang menjemput?

Cukup cantik konsep yg dipegang Dr Aziz ini yg mana “hidup nye untuk mati” dan beliau berjuang dan berusaha sedaya upaya supaya beroleh kematian yang nilainya tinggi disisi ALLAH

Situasi Kematian di Malaysia

Di saat 4 bulan aku berada di posting Medical, Kematian menjadi satu perkara biasa bagi diriku. Hampir setiap hari, akan ada sahaja insan yg pergi menemui Ilahi, dan yg menjadi satu perkara biasa lagi yg bagiku seharusnya ia luar biasa, adalah Solat Ketika Sakit. Aku melihat fenomena lalai dan alpa dalam solat tika sakit ini sangat-sangat biasa. Boleh dikatakan hampir separuh pesakit yg masuk akan meninggalkan solat dengan menggunakan sakit sebagai alasan.....

dan saat yg aku paling sedih sekali adalah dimana ada beberapa orang pesakit yg terlantar selama beberapa minggu,

pada minggu pertama ia masih sedar sepenuhnya (GCS 15), pada minggu kedua keadaannya semakin teruk (GCS 9) dan pada minggu ketika ia sudah pergi menemui Ilahi. Selama aku memerhatikan dari minggu pertama, belum ada lagi saat dia menginginkan solat atau meminta bantuan untuk memudahkannya ia solat

.....adui sampai ke hujung hayatnya ia masih belum solat dan menunaikan tanggungjawabnya sebagai Hamba ALLAH..nauzubillah...

Sebenarnya, mengerjakan solat itu ringan dan mudah, Namun pada kebanyakan pesakit muslim, solat adalah perkara paling berat dilakukan.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. (Al-baqarah:286)

Contohnya dalam solat, orang yang tidak dapat berdiri, dapat bersolat secara duduk. Tidak dapat duduk, dapat berbaring. Malah dapat juga dilakukan dengan isyarat mata. Aku kira tiada lagi alasan meninggalkan solat melainkan alasan yang dibuat-buat...

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah Engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadaMu, (bahkan) Kamilah Yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa. (Taha:132)

Melihat Konsep Hidup untuk mati yg dipegang Dr Aziz ini seharusnya di diambil iktibar seluruhnya...Wahai pesakitku jawab akan persoalan ini..??

  • Kalo Beliau Menginginkan Matinya dengan Apache, Apakah kamu tidak menginginkan matimu dengan solat ..??
  • Kalo Sakit yg beliau alami dalam peperangan tidak menghalang beliau untuk solat, Apakah sakit yg kamu alami yg diberi Painkiller secukupnya menghalang kamu untuk solat..??
  • Jika Beliau merancang untuk Mati agar kematiannya tinggi Nilainya disisi ALLAH, Apakkah kamu merancang untuk Mati agar kematian kamu rendah Nilainya disisi ALLAH..??

Jawab lah dengan hati yang jujur pesakitku...hidup ini hanya sementara dan merangcang lah untuk mati ...

p/s : maaf kepada sehabatku dr bonot (Hakem)..kerana mengambil ikon beliau sebagai contoh..hehe... As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi gugur syahid pada 17 April 2004. Beliau adalah doktor perubatan dan merangkap Ketua Jemaah Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah (HAMAS) Palestin yang ke-2 selepas As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin yang gugur syahid pada 22 Mac 2004. Sheikh Yasin memegang kepimpinan Hamas bermula tahun 1987. Dr.Abdul Aziz pula memegang taklifan sebagai Ketua Hamas belum sampai sebulan, lalu ditembak oleh teroris Israel menggunakan helicopter Apache sebagaimana yang dilakukan oleh Israel pada Sheikh Yasin