Evolusi Ujub, Riak,Takbur menjadi seorang Doktor



Ketika aku membuat panggilan untuk bercakap dengan seorang specialist untuk meminta ventilator support. Perkara pertama yg dia soal kepadaku saat permulaaan perbualan kami adalah “Awak Houseman(HO) ke Medical Officer(MO)..!!” Tanya beliau. Aku menjawab “saya senior houseman”, die kembali membalas “Saya minta maaf, saya xmahu membuang masa saya bercakap dengan houseman, sambil meninggikan suara lantas meletakkan telefon dengan pantasnya..

Astaghfirullah! Berderau darah aku, degup jantung juga kencang, terjahan kata2 itu ibarat pisau lipat yang tajam, menghiris-hiris luka hatiku

Apa nak jadi lar dengan specialist seperti ini? Apakah die tidak pernah mengalami dan memasuki dunia houseman suatu ketika dulu dan secara sekelip mata terus menjadi seorang pakar..??

Hasil penelitianku and andaianku setelah hampir setahun aku bekerja dalam dunia perubatan, sikap sebegini sebenarnya terhasil dan terevolusi sejak dari houseman lagi. Ia bermula dengan Ujub, kemudian setelah naik menjadi Medical Officer(MO), taraf sikapnya meningkat kepada riyak dan apabila mendapat title pakar, tarafnya sikapnya meningkat lagi kepada takabbur. 3 sifat mazmumah yang amat biasa berlaku ini mengalami evolusi tersendiri disepanjang karier mereka,

Ujub ketika Houseman

Ujub ertinya berasa takjub dengan diri sendiri, Berasa dirinya hebat dan lebih daripada orang lain, walaupun perasaan itu mungkin tidak terlafaz atau dizahirkan dengan kata-kata.

Contoh yg sering berlaku, Seorang houseman(HO) yg cukup ilmunya hasil daripada pembacaannya yg banyak dan bekerja secara cekap boleh terpercik penyakit ujub, jika terdetik dihatinya perasaan dan kata-kata “Alhamdulillah, aku x pernah pun kena marah dengan specialist, MO ku semua mempercayai diriku , dan rakan2 HO sering bertanya soalan kepadaku,”

Cukup dengan merasai kehebatan diri sendiri itu, walau tiada siapa pun memujinya dikhalayak ramai , maka rasa takjub dengan diri sendiri itulah namanya ujub

Riyak ketika Medical Officer

Penyakit ujub yang dilayan dan dibiarkan bermain-main di perasaan, jika tidak dibendung dan dirawat segera, akan mudah merebak menjadi riyak. Bagaimana ?

Jika si MO tersebut mula membuka mulutnya untuk menceritakan kehebatannya ketika HO dan mengharapkan orang melihat kehebatannya.

Contohnya , Ketika die menjadi MO die sering memberitahu dan menceritakan kepada HO, yang ketika die menjadi HO banyak procedure die telah lakukan, ketika HO die selalu berdikari tanpa mengharapkan MO dan ketika dia HO die tidak pernah di “extend” dan mengakhirkan posting nye dengan cemerlang.

Yang mana Ungkapan itu lebih bertujuan memaklumkan kepada HO itu, bahawa die lebih bagus daripada HO tersebut. Maka jatuhlah si MO itu ke perangkap riyak iaitu melakukan amalan kerana ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia dan mengharapkan pujian

Takkabur ketika Specialist

Riyak yang kronik akan membawa si penghidapnya kepada takabbur, iaitu kemuncak keburukan akhlak pada mana-mana makhluk. Orang yang takabbur akan berbangga dengan kelebihannya dan menempelak orang lain dengan menganggap semuanya lemah dan buruk.

Ketika seorang specialist memarahi HO nye “You all are stupid, Mangkuk and monkeys, u all better jump outside of the window and die, You know during my Houseman , i’m not stupid like u all “

Itulah cercaan-cercaan Takabbur yg selalu dilontarkan ke Houseman..hehe

Takabbur sifat Iblis

Takabbur ini ialah penyakit bawaan iblis yang berasa dirinya lebih hebat berbanding Nabi Adam as. Seperti yg diceritakan dalam Quran, apabila iblis enggan sujud (hormat) kepada Nabi Adam as seperti para malaikat yang lain. Iblis membantah dengan kata-kata

Aku lebih baik daripada Adam, Engkau(wahai ALLAH) jadikan aku daripada api sedangkan dia, Engkau jadikan daripada tanah” (Surah al-a’raf 7:12)

Takabbur sang iblis menyebabkan dia dihalau keluar dari syurga oleh ALLAH s.w.t. Sifat takabbur adalah sifat yang amat dibenci oleh ALLAH. Nauzubillahi min zalik

Justeru, mari kita pelihara diri ini daripada ketiga-ketiga sifat yang keji ini untuk selamat daripada mendapat kemurkaan Allah. Orang yang bersikap begini sebenarnya rugi kerana dia menutup pintu nasihat, teguran dan pandangan orang lain kepadanya . Malah dia tidah menghimpun apa-apa pada dirinya kecuali kebencian dan kemarahan orang lain. Kita akan berasa meluat dan menyampah jika ada kalangan kita yang bersikap ujub, riyak, takabbur.

Ya Allah jauhkan diriku daripada sifat ujub,riyak dan takabbur. dan kepada-MU aku bermohon supaya dipelihara walau setitik pun sifat tersebut dalam hatiku ini..amin...