Ayuh Pesakit ku..Hidup mu Untuk Mati...!!


“Are we afraid to death? I will be by killing or by cancer . The same thing. We are all waiting for the last day of our life.Nothing will be changed. If it is by cardiac risk or by Apache. But i prefer to be by Apache” –Dr Abdul Aziz Ar Rantissi

Secara jujur kalimah ini diungkapkan oleh As-Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantissi beberapa hari sebelum beliau diserang oleh pesawat tempur Apache rejim Zionis. Beliau sudah membayangkan kematian hingga akhirnya beliau meraih apa yang di cita-citakan iaitu syahid

Apa yg ingin aku renungi saat meneliti kata-kata itu ialah, Bagaimana kita merancang untuk MATI? Setiap manusia akan melalui saat getir kematian. Tetapi bagaimanakah cara kita ingin mengakhiri silibus kehidupan ini ? posisi apakah yang menjadi pilihan saat Malaikat Izrail datang menjemput?

Cukup cantik konsep yg dipegang Dr Aziz ini yg mana “hidup nye untuk mati” dan beliau berjuang dan berusaha sedaya upaya supaya beroleh kematian yang nilainya tinggi disisi ALLAH

Situasi Kematian di Malaysia

Di saat 4 bulan aku berada di posting Medical, Kematian menjadi satu perkara biasa bagi diriku. Hampir setiap hari, akan ada sahaja insan yg pergi menemui Ilahi, dan yg menjadi satu perkara biasa lagi yg bagiku seharusnya ia luar biasa, adalah Solat Ketika Sakit. Aku melihat fenomena lalai dan alpa dalam solat tika sakit ini sangat-sangat biasa. Boleh dikatakan hampir separuh pesakit yg masuk akan meninggalkan solat dengan menggunakan sakit sebagai alasan.....

dan saat yg aku paling sedih sekali adalah dimana ada beberapa orang pesakit yg terlantar selama beberapa minggu,

pada minggu pertama ia masih sedar sepenuhnya (GCS 15), pada minggu kedua keadaannya semakin teruk (GCS 9) dan pada minggu ketika ia sudah pergi menemui Ilahi. Selama aku memerhatikan dari minggu pertama, belum ada lagi saat dia menginginkan solat atau meminta bantuan untuk memudahkannya ia solat

.....adui sampai ke hujung hayatnya ia masih belum solat dan menunaikan tanggungjawabnya sebagai Hamba ALLAH..nauzubillah...

Sebenarnya, mengerjakan solat itu ringan dan mudah, Namun pada kebanyakan pesakit muslim, solat adalah perkara paling berat dilakukan.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. (Al-baqarah:286)

Contohnya dalam solat, orang yang tidak dapat berdiri, dapat bersolat secara duduk. Tidak dapat duduk, dapat berbaring. Malah dapat juga dilakukan dengan isyarat mata. Aku kira tiada lagi alasan meninggalkan solat melainkan alasan yang dibuat-buat...

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah Engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadaMu, (bahkan) Kamilah Yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa. (Taha:132)

Melihat Konsep Hidup untuk mati yg dipegang Dr Aziz ini seharusnya di diambil iktibar seluruhnya...Wahai pesakitku jawab akan persoalan ini..??

  • Kalo Beliau Menginginkan Matinya dengan Apache, Apakah kamu tidak menginginkan matimu dengan solat ..??
  • Kalo Sakit yg beliau alami dalam peperangan tidak menghalang beliau untuk solat, Apakah sakit yg kamu alami yg diberi Painkiller secukupnya menghalang kamu untuk solat..??
  • Jika Beliau merancang untuk Mati agar kematiannya tinggi Nilainya disisi ALLAH, Apakkah kamu merancang untuk Mati agar kematian kamu rendah Nilainya disisi ALLAH..??

Jawab lah dengan hati yang jujur pesakitku...hidup ini hanya sementara dan merangcang lah untuk mati ...

p/s : maaf kepada sehabatku dr bonot (Hakem)..kerana mengambil ikon beliau sebagai contoh..hehe... As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi gugur syahid pada 17 April 2004. Beliau adalah doktor perubatan dan merangkap Ketua Jemaah Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah (HAMAS) Palestin yang ke-2 selepas As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin yang gugur syahid pada 22 Mac 2004. Sheikh Yasin memegang kepimpinan Hamas bermula tahun 1987. Dr.Abdul Aziz pula memegang taklifan sebagai Ketua Hamas belum sampai sebulan, lalu ditembak oleh teroris Israel menggunakan helicopter Apache sebagaimana yang dilakukan oleh Israel pada Sheikh Yasin


Mencari Nilai dalam Kesakitan


Alhamdulillah posting medical aku hampir ke penghujungnya. Banyak benda ak belajar semasa berada di medical posting. Selain daripada aspek akademik, ak belajar banyak tentang aspek kehidupan. Seorang pesakit yg aku rawat, dia mengalami stroke dan menyebabkan die lumpuh sebelah kanan(total right hemiparesis) dan terlantar di katil sepanjang masa , dia juga mengalami kaki kudung ( kakinya dipotong krna wet gangrene) dan keadaan itu membuatkan dia mempunyai luka belakang (bed sore) yg sangat besar dan sangat kotor (infected wound). Pesakit tersebut datang ke hospital kerna demam yg sangat panas atas sebab saluran kencingnya dijangkiti kuman (urosepsis secondary to unhygienic CBD) ....

Kesiannya ak tengok mak cik tue ketika aku merawatnya...kulitnya bersisik dan sangat berdaki..bagi aku..Ini kali pertama ak membayangkan bagaimana agaknya orang yg tidak mandi selama 5 bulan. Bila ak bertanya sejak bila mak cik x mandi , dia menjawab sejak 5 bulan selepas die menghidapi stroke...aku bertanya lagi “mak cik berapa orang anak , diorang x menjaga dan memandikan mak cik ke..??”, mak cik menjawab “ mak cik ada 4 orang anak, semua mengelak dan tidak mahu menjaga mak cik, mereka anggap mak cik jijik dan menyusahkan, yang jaga mak cik pun hanya bagi mak cik makan dan minum, kalo mak cik buang air besar dan air kecil dalam pampers, orang gaji dia yg bersihkan.” Berkata mak cik sambil menitis air matanya

Sambung mak cik lagi “ Ntah r doctor , lebih baik saya mati je, x sanggup tanggung penderitaan macam nie,

Selang beberapa hari, mak cik tue meninggal dunia di ward dan aku sudah menjangka akan pemergiaannya , Cuma ak tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan sakit dan perit yg dialami oleh beliau....Yang mampu aku katakan ketika itu Bersabar lah makcik....

Kisah Nabi Ayyub

Teringat aku akan kisah Nabi Ayyub

Nabi Ayub mengalami penyakit kulit dan terhampar di tempat pembaringannya. Makin hari semakin kurus badannya, baginda tidak berdaya; habis segala kekuatan dan kegagahannya. Mukanya muram dan pucat, dengan mata yang cukam. Semua penderitaannya ditanggungkannya dengan keimanan yg tak berkurang, malah semakin bertambah; bukan dengan keluh-kesah dan kesal, tetapi dengan tetap memuji-muji Allah.

Nabi Ayub dan isterinya bukan hanya kehilangan hartabenda, anak, kesihatan badannya, kehilangan semua kawan dan temannya, tetapi ditambah lagi dengan penghinaan dan ejekan dan orang-orang bekas kawan dan temannva sendiri.

Mereka bukan kasihan dan datang menolong, tetapi mereka keberatan bila Ayub dan isterinya tetap berada di rumahnya dan bertetangga dengan mereka. Mereka bukan hanya merasa jijik saja melihat Ayub, tetapi juga takut kalau-kalau penyakitnya yang hebat itu dapat menular kepada mereka.

Pada satu hari, Isterinya menangis dihadapan baginda, dan baginda bertanya kepada isterinya

Nabi Ayyub: Apa yg menyebabkan ko menangis..??”
Isteri: Aku terkenangkan saat kita senang dan bahagia sebelum ini, dan membandingkan dengan keadaan sekarang yang jauh lebih teruk menyebabkan aku sangat sedih.
Nabi Ayyub: Jika kau mengenangkan saat bahagia ketika itu, aku bertanya kepadamu untuk berapa tahun kita hidup sedemikian..??
Isteri : 70 tahun
Nabi ayyub: Sudah berapa tahun kita mengalami penderitaan ini..??
Isteri: 7 tahun
Nabi ayyub: Kalo begitu seharusnya kita bersabar sehingga 70 tahun dalam penderitaan ini sebagaimana kita bahagia untuk 70 tahun. Dari itu aku malu kepada Tuhan meminta hilangnya petaka yang baru sebentar ini.

Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang SABAR, dia ialah Sebaik-baik hamba, sesungguhnya dia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadahnya) (Saad:44)

Allahuakbar..!!! Cantiknya Allah ketika ia melihat penderitaan kita ketika sakit-DIA Maha Melihat-dan DIA menilai hambanya yg sakit dengan nilai “Sabar” agar kita hambanya dinaikkan pangkat untuk menjadi “Sebaik-baik Hamba-NYA”

Maka bersabarlah pesakitku dalam menjalani ujian ALLAH ini...!!