Gagal...!!!!


Allahuakhbar...satu lagi peristiwa yg sgt signifikan skali dalam hidupku berlaku...ak gagal dalam peperiksaan baru2 nie dan menyebabkan ak terpaksa extend study for about 2 months..Alangkah sedih diri ini apabila mendengar keputusan yg diberitahu rakan akan kegagalanku..xpe lar ape nk wat hidup kena proceed beb..!!!

Jelas skali aku dapat rasakan perasaan rakan2 ku yg pernah mengalami peristiwa yg sama sebelum ini...”Alah pul ko cakap senang, ko x pernah kena supplement(extend 2 months) bleh lar ko ckp jgn sedih kat aku..cuba ko kena..!!!!..”

“Parpppp..!!! padan muka aku baru skrng ko kena pul..”,suara hatiku berkata pada diriku sendiri.....

Selama lebih 3 tahun dalam menempuh hidup sebagai seorng pelajar perubatan, ak selalu bernasib baik dan Allah sering memberiku nikmat lulus peperiksaan melalui VIVA tanpa supplement..tp kali nie tidak..susah untuk ak meluahkan perasaan dalam penulisan tetapi tipu jika ak katakan ak x sedih..

Haha..mak ak ckap kat ak “tu lar ko haziq, ko x cukup blaja lagi tue”,.....ak senyap je...ak x mahu bertengkar atau petah ckp mak ak...biar ak sorng je tau sejauh mana usaha ak study dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati ak...

Apa yg ak paling sedih adalah ak rasa serba salah yg amat sgt kerana ak telah membuka ruang untuk islam itu diftnah kerna kegagalanku..sebelum nie ak seboleh munkin untuk menjadi seorng muslim contoh pada adik2ku,pada sahabat2ku dan juga pada non-muslim..tetapi secara kenyataannya title muslim itu ak telah busukkan dgn kelemahanku..

Tak mengapalah....

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah ayat 216)


Bagi ak kalo dah tertulis ak gagal...dah itu suratan takdir...kalo Allah kata Kun Fa Ya Kun..!!!!...ko gagal saiful....itu yg patut ak terima tanpa mempersoalkannya...tapi bila ak flash back memori ak sepanjang 5 tahun nie...ak rasa terlampau banyak nikmat Allah yg ak dapat dan jarang sekali Allah menguji ak dgn kedukaan sebegini...Subhanaallah..Maha Suci engkau...
“Ya Allah, ak memohon keampunanmu. Sekiranya ini yang terbaik buatku, aku redha atas segala ketentuanmu.”

Zakat vs Income Tax


Iskh lama sungguh ak x update blog....terasa byak isu yg ak bleh lontarkan tapi terkadang sifat malas dan budget busy ku mengatasi segala2nya yg membuatkan blog ku dangkal selama sebulan lamanya...Ada satu isu ak nk bwak untk sedara2 beri pendapat dan pandangan sedara...

Baru2 nie salah seorng coursemateku melontarkan satu soalan yg HOT yg mana soalan ini dicetuskan oleh seorng medical student Cina yg seangkatn dgn kami..lantas keesokan harinya ak terus berjumpa dgn dia untk mengetahui dgn lebih lanjut dan lebih jelas...dia menanyakan Why Muslim pay Zakat and the outcome of the collection of zakat give among qualified Malay Muslim and we as a non-muslim must pay income tax and the collection of the income tax give to all malaysians(Hospital service,maintanenance of road and many more)..???Furthermore i heard muslim that pay zakat exclude from paying income tax...and then we also do for the charity thing such as give some money to rumah kanak2 cacat, rumah orng2 susah dan temple2...the concept just same like zakat right..?????so for me i think it is UNFAIR....!!!As u know our PM launched for the 1Malaysia campaign but this matter is totally not 1Malaysia concept...can you explain to me why...????

Fuuhhh...!!!....dahyat tue penangan soalan yg die kasi...ak x menjawab soalan nye...tetapi ak lebih cuba menyelami pimikiran nya dan membetulkan apa yg die paham tntng zakat tetapi ak x berani untk cuba membandingkannye dgn income tax...!!!!...ak bertanya lagi kpda die.. “Do U think Malaysia is an Islamic Country..??”.....dia blas “for me NO...ak berkata lg ”why u said like that bcoz as u know in our perlembagaan said Islam adalah agama persekutuan”..dia jawab ”But then u see lar the citizzen of malaysia...isnt equal right between muslim and non-muslim..??”....ak terdiam sekali lagi....btul juga apa yg dia cakap...kalo melihat keadaan sekeliling ku dalam dunia perubatan mmg hampir sama antara muslim and non-muslim...kalo tgk dari dunia perniagaan pun sama malah dorg lebih hebat...kalo tgk dari dunia politik pun sama...ahli parlimen muslim and non-muslim hampir sama bilangannya....

Allahuakbar...ternyata kelu lidah ku untk berdebat perkara ini dgn die...ak menangguhkan dulu persoalan itu agar ak dpt bersedia untk memberi penjelasan yg lebih relevan kelak...

Pandanganku

Bagi ak perkara zakat and income tax ini,susah untk ak bg good reason for that...tetapi bila ak memikirkan balik situasi dizaman kegemilangan khalifah islam Muhammad Al- Fateh dan Salahuddin Al-Ayyubi...ternyata jauh skali kalo nk dibandingkan dgn zaman skrng...ak membuat rumusan perkara ini dicetus oleh non-muslim kerana

1) Islam tidak diletak paling atas dalam pemerintahan..bila mana skrng ini pemerintahan lebih berkonsep pemerintahan dahulu baru bawahnya islam...tetapi tidak Islam itu dulu baru bawahnya pemerintahan...No wonder skrng ini bg ak non-muslim bleh mempertikaikan perkara zakat dan income tax ini

2) Ternyata Umat Islam skrng ini jauh terkebelakang dan langsung tidak menggerunkan musuh2 islam...kte tidak seperti umat islam sebelum ini contohnya Richard the lion yg takutkan Salahuddin Al-Ayyubi dan Maharaja konstantinople yg takutkan Muhammad al-fateh

3) Kte tidak bersungguh2 dalam meletakkan rasional nye Islam berbanding agama lain kpda non-muslim. Contoh rasional yg bleh diberi banyak penemuaan sains abad ini yg kebenarannya telah termaktub dalam Al-quran 1400 tahun dahulu dan macam2 lagi...tetapi kebenaran itu kte tahu tapi kte lagsung tidak bernafsu untk menyebarkan..so mana munkin mereka boleh yakin undang2 dan prinsip2 islam itu adalah yg terbaik..

4) Konsep 1Malaysia itu cukup cantik pengisiannya kalo diperhati betul2 kerna sekiranya india masuk islam,cina masuk islam dan melayu masuk islam...kte semua adalah saudara dan kte semua adalah 1Malaysia...tapi malang seribu satu malang kerna konsep itu di’kurap’kan oleh Umno yang langsung tidak mencerminkan Islam dan dgn sebab itu konsep 1Malaysia disalah guna pengertiannya oleh non-muslim..

p/s: Hopefully sahabat2 dpt give me good reason about isu Zakat vs Income tax for me to explain to my non-muslim collegue..

Semua Agama itu Sama???


Alhamdullilah baru-baru ini ak berkesempatan untk berbual dgn saudara D yg sebelum ini pernah ceritanya dinukilkan dalam salah satu artikel blog sahabatku hazwan. Disini ak sertakan apa yg dicoretkan hazwan pada perbualan kami sebelum ini...

Sdr D,rakan aku berbangsa India,beragama Hindu.Satu matrik dengan aku.Sekarang ni pun satu batch dalam 3rd year.Dulu dia seorang yang aku fikir sombong dan tak mudah mesra.Sangkaan aku meleset..Dia sebenarnya mudah mesra,peramah dan yang paling menarik, suka berbincang soal agama dan ketuhanan!Ya dia seorang penganut agama Hindu yang baik.Aku kagum dengannya.Tak ramai anak muda yang minat pada agama mutakhir ini.D berfikiran terbuka.Mudah dibawa berbincang dan mudah menerima pendapat orang lain.Semalam 2 jam kami berbicara soal agama dan ketuhanan.Ya, pengetahuannya tentang agama Islam sangat menakjubkan.Tahu mengenai para nabi,Al-Quran,menghafal sedikit hadis dan tahu mengenai sejarah Qurban nabi Ibrahim.Dia memang seorang yang berfikir dan sentiasa mencari.Dalam perbincangan lebar itu,kami sentuh beberapa isu agama yang begitu dasar.Bagaimana mana kaedah agama Hindu dalam mempercayai Tuhan dan bagaimana Islam meletakkan kaedah mengenal Tuhan.D memang kritis.Dia sendiri mengatakan,"I think Islam has the correct pace in searching for God."Dia turut mengkritik konsep penyembahan berhala yang dikatakan sebagai medium untuk sampai kepada Tuhan.Dari apa yang dibincangkan kami bersetuju bahawa Tuhan itu ada dan Tuhan itu satu.Biarlah apa tanggapan manusia,Tuhan itu tetap ada.bagi D dia tetap dengan agamanya dan mengatakan semua agama itu boleh menjumpai kepada Tuhan yang sebenar.Aku tidak setuju,aku katakan Tuhan hanya menerima satu agama.Hanya satu agama yang diterima.Setiap agama mempunyai intrepetasi berbeza terhadap Tuhan.Tuhan sudah tentu mahukan intrepetasi yang paling tepat.

Setelah ak berjumpa buat kali yg kedua ini, ak berborak panjang dan cuba cungkil pemikirannya tntng agama lebih2 lagi agama Islam. Ternyata pemikirannya lebih daripada "Semua Tau Tuhan Itu Ada" yg dipikirkan sahabatku sebelum ini. Pemikirannya boleh ak simpulkan sebagai fahaman pluralisme(semua agama itu sama). Sebab apa???Haa....mari kita lihat perbualan ak dgn saudara D nie....

Aku berkata kpd D "tolong tunjukkan kpd saya 1 bende kat dunia nie yg xde pencipta...lampu sape penciptanya??handset??sudu??meja??kotak??...hatta plastik gula2 yg kecik tue pun ada penciptanya iaitu manusia bukan!!. Jadi logik ke manusia, pokok , binatang dan benda yg bernyawa itu xde pencipta sedangkan u xleh bg saya satu benda pun yg xde pencipta..

D berkata "Yes i'm agree wit u , i'm believe in god but the thing is you got ur own method to worship, christians got their own method themselves, me also same...what i'm believe is one day we will reach for the same god and for me all the religion are the same..."

Nauzubillah, ak berkata kembali "Baik sy bagi perumpamaan kat u, katakan u terpegun dgn satu kereta dan kereta itu sgt canggih, cantik,hebat dan berkualiti..tentu u akan tanye sape pencipta kereta tersebut..??...ok sekarang mcm mana nak tau sape sebenarnya pencipta kereta tersebut??? Gemuk ke atau kurus orngnya?? Lelaki ke pompuan???baik ke tidak??jujur ke tidak??bagaimana sifatnye??...

D membalas "Of course maklumat tue tau drpda pencipta kereta tersebut"

Ak menjawab " Pandai pun, kalo nk tau maklumat tue mesti melalui pencipta kereta(carmaker) tersebut dan wakil carmaker tersebut yg kenal dgn carmaker tu kan...!!!mcm tu juga dalam Islam, kami tau sifat-sifat Allah itu dalam perkataan/kalimah Allah pd kami iaitu Quran dan kami diceritakan lagi oleh wakil(representative) tuhan iaitu Nabi Muhammad SAW"

D membalas balik "kalo mcm tue u kata, so yg wakil tuhan itu, can be more than one..!!! Islam got Muhammad, Christian got Jesus and also Hindu got Brahman, all the religion are the same"

Ak berkata kembali " ok u said the representative can be more than one, but u must think, if more than one wakil , so it can cause more than one description for tuhan..let say wakil carmaker itu lebih dari satu, so nanti 1st wakil carmaker kata carmaker tue kurus, yg the 2nd wakil carmaker kata carmaker tue tough orngnya, yg the 3rd wakil kata carmaker tue gemuk..!!! so which one is true do you think..?? so that why in Quran said dalam ayat 19 surah Ali Imran

"Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam"

D senyap seketika dan cuba mengalih topik.....dan x lama lepas tue perbualan kami pun tamat...D seolah2 tetap dgn pendiriannya yg mengatakan semua agama itu sama(pluralisme). Tapi bagi aku yg daif ini menyimpulkan setelah membaca buku "Tuhan manusia" karangan Faisal Tehrani, teori ini bodoh sebenarnya, mana mungkin semua agama itu sama sedangkan setiap agama itu mempunyai dasar yg sgt ketara perbezaannya. Islam dgn monotheism(mengEsakan Allah), kristian dgn trinitinya dan hindu dgn Vishnu(dewa pemelihara),Shiva(dewa menghancurkan) dan Shakti (ibu ketuhanan)...kan lain dasarnya antara agama tue...Bagaimana kita nak menerima yg islam itu memperakukan KeEsaan Allah dan dalam masa yg sama memperakukan pula agama kristian yg menerima teologi trinity. Dua dasar bertentangan yg tidak boleh diterima. Umpama ikan adalah ikan, tidak logik untuk menghujah ikan juga bukan ikan...

Al-Maidah ayat 3

"Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu"

P/s: harap sahabat2 yg lain dpt mendoakan sahabat D kte ini agar dapat mencari jalan yg sebetulnya...inshaallah(Amin)......

Cinta atas Nama Dakwah


Sekarang ini, Hangat diperkatakan satu infection yg menjadi epidemic dikalangan para daie yg membawa islam..Infection ape.????Haaa.....itu yg kte nak tau bukan..???

Andaian ini ak buat setelah ak mendengar lebih dari 3 org yg Inshaallah diberi kefahaman islam dan hidayah (Amin..) telah dijangkiti penyakit "Cinta atas nama dakwah". Sukar untuk ak tau dimana source of infectionnya tetapi ak melihat penyakit ini semakin chronic dari hari ke hari. Telah ak katakan tadi lebih dari 3 orng pesakit telah ak dengar , bermakna lebih dari 3 cerita telah ak hayati dan salah satu diantaranya ak telah saksikan sendiri surat cintannya...

Secara peribadi pernah terlintas difikiranku untuk bercouple atas nama dakwah ini tetapi Alhamdullilah hasil pembacaan ak yg x seberapa dan doaku kepada Ilahi ak masih tsabat(tetap) dijalanNYA...

Tolong jawab persoalan ini wahai Para Daie Muda..!!!!

Adakah alasan dakwahmu kepada kekasihmu itu betul-betul dengan tanggungjawab atau dicemari nafsu burukmu..???

Adakah ko sedar , yg selama ini ko membawa islam, ko berdakwah kung-kang2x dan ko cukup anti couple, tetapi sekarang ko cakap tak serupa bikin???.. [2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!!3. amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya] (As-Saff ayat 2-3)

Benarkah cita2mu wahai daie untuk membentuk "keluarga muslim contoh" sejati sedangkan kekasihmu itu belum tentu kamu berjaya mentarbiyah dia sepenuhnya.??? Silap2 kamu yg ditarbiyahnya dan kamu yg tewas , tersungkur dan terlingkup...!!!


Bagi ak, memang bagus niat dihati untk berdakwah, tetapi tugas "dakwah" itu banyak salurannya dan banyak caranya yg mana SYAITAN ditutup pintunya untuk melalaikan dan menggoda keturunan anak Adam. Secara kesimpulan untuk bercinta atas nama dakwah ini banyak keburukannaya berbanding kebaikan...keburukan ape..????Haaaaa..itu yg kte kena lu fikirla sendiri...

p/s:Infection ini hanya berlaku dikeaadan sekeliling penulis, jadi ini hanya satu andaian penulis. Sekiranya tersilap bahasa dan tersalah andaian..penulis memohon seribu kemaafan... sekian..

CRP satu analisis..


Perjalananku ke Maran,Pahang selama 2 minggu betul-betul memberi ak satu pengalaman dan pengajaran, biarpun kami kesana untuk tujuan community research program(CRP) yg diwjibkan kpd kami pelajar perubatan tahun 3, namun bukan semata-semata pengisian pgrm itu yg ak belaja tetapi, perhubungan antara kami sekumpulan(38 orng) untuk menjayakan pgrm itu yg betul2 menguji kami...ak melihat betapa besar peranan ketua dalam kumpulan, dan peranan ahli yg membantu dalam menyelesaikan masalah kumpulan kami....bermacam masalah kami hadapi...dgn accident keretanye lar...dgn tempat tinggal yg tak menentular...dgn supervisornye yg sempoi nk mampus....dgn tmpat tinggal perempuan yg agak membahayakan keselamatan...dan macam2 lagi....hoho....ada org kata "normal r masalah tue, org lain pun ada masalah jugak"...ak pun setuju lumrah alam ini setiap manusia pasti ada masalh....jadi bkan isu masalah yg ingin ak ketengahkn...

Tetapi apa yg ak belaja dari pengembaraan kami ini, bermula dgn konfliks besar antara ketua dan orng yg dipimpinnye...konfliks itu ak merasakan agak tegang dan ia tercetus hanya dengan orng yg dipimpinnye mahu tgk bola perlawanan akhir dan ketua nye suruh wat meeting yg tak significant yg menghalang orng yg dipimpinnye tgk bola...hehe...bagi ak secara peribadi sekiranya berada ditempat ketua...ak x de masalah... ak bleh membenarkan mereka kerna mereka bkan sekadar ahli biasa, tetapi ketiadaan mereka tidak menjejaskan langsung keputusan meeting...

Alhamdullilah, selang sehari ak sempat berdialog dgn ketua di dalam kereta dalam perjalanan pulang ke tmpat tggal, dashyat juga kami berdialog, sehinggakan nada tinggi digunakan...hehe...dalam perbualan kami...dia berkata "cuba paham situasi ak mcm mana, dgn mcm2 masalah dlm group nie, korng boleh tgk bola sesuka hati mana ak x marah, korang gak yg pilih ak sebagai ketua so pahamilah ak dan bagi r komitmen!!!!!..."...iskh2 panas gak dgr die ckp, seolah2 menyalahkan kami 100 peratus....sedangkan kami dgn rela buat bermacam jasa untk group..!!!Perbualan kami berlanjutan selama 1 jam....dan perbualan kami berakhir dgn bermaafaan antara kami.....

Peristwa itu benar2 mencerminkan dan memuhasabahkan diri ak yg daif ini...teringat balik peristiwa ketika ak memimpin salah satu biro untuk projek Episma..yg mana konfliks seperti ini tidak ubah malah bagi ak lebih berat dgn perletakan jawatan dan penarikan diri ahli yg ak pimpin...ketika itu, ak jahil...ak mengatakan si dia yg salah, yg si dia pulak mengatakan ak yg salah, akhirnya masalah yg ada menjadi semakin berat..Entah mcm mana ak berfikir dan bermuhasabah selepas projek itu berakhir...bagi ak x kisah sape yg betul dan sape yg salah tetapi ak memegang prinsip ak akan belajar dari peristwa lepas dan cuba membaiki diri dimasa akan datang...inshaallah....

Apa yg ak blajar...????

Pertama..untk menjadi pemimpin yg baik, dia perlu meletakkan jiwa dan perasaan nye kedalam jiwa orng dipimpin(empathy)...makna kata ko kena paham perasaannye dulu...sebelum ko meminta orng yg dipimpin memahami perasaan ko...seperti sifat Umar Al-khatab dalam bicaranya berkata

"Jika rakyatku kelaparan, aku ingin orang pertama yang merasainya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang terakhir yang menikmatinya."

Kedua...Pemimpin tidak boleh menganggap bahawa orng dia pimpin sama fikiran dgn die tentang sesuatu benda, makna kata Perception towards somethings is different between another..

Ketiga...Pemimpin perlu mencari satu titik persamaan antara dirinya dengan org yg dipimpin...

Keeempat....soliditary...kebersamaan...pemimpin perlu membuat peranan ahli biasa sama peri pentingnya dgn peranan ketua...makna kata...jgn sesekali ko rasa bagus dgn post ko sebagai ketua....

.....Iskh...sebenarnya byk lagi ak ingin kongsikan kelemahan ak....tetapi biarlah setakat itu saja yg ingin ak perbaiki...dan pandangan ak, pemimpin yg hebat bkan dilihat dari jwatan ko yg hebat(tinggi), tetapi pemimpin yg hebat adalah pemimpin yg dapat menjinakkan hati orng yg dipimpinnye... akhir kata Syabas dan Tahniah untuk ketua kumpulan Maran kerana berjaya melaksanakan tugas dgn baik ...

Krisis kenal Tuhan..


3 hari yg lepas dalam perjalanan kami ke UM(ada kelas) ak berbual dgn rakan teman sefalkuti, ak secara spontan bertanya kepadanya "Ko rasa selama lebih 20 tahun ko anuti agama Islam ini, ko tak pernah ke terpikir kat otak ko..betul ke agama islam yg ko anuti selama ini...???betul ke islam ini agama yg terbaik.???ko percaya ke ALLAH ini betul2 wujud..???,"....lama juga dia berpikir untuk menjawab...dia menjawab "dah adanya alam ini dan adanya manusia...dan Al-quran itu adalah mukjizat..so betul lar islam ini agama yg terbaik??...ak menjawab balik " ble ko kata adanya alam ini dan adanya manusia dan Quran itu adalah mukjizat...So WHAT..!!!!! apa kena mengena ngan ALLAH ini wujud...apa significantnye...!!!apa ko ada bukti kukuh nak yakin kan ak..???apa betul Quran itu mukjizat..???buktikan..???,"...panas juga soalan ak pada die..huhu...ternyata die diam dan belum bersedia menjawab soalan aku itu...

Peristiwa ini membuktikan betul juga apa yg dikatakan Naqibku Ustaz Wanji, yg umat sekarng ini mempunyai krisis 'kenal tuhan'...

Wahai Saudara muslimku, sekiranya kamu tak mempunyai dalil yg kukuh dalam kamu menganuti agama ini...kamu seolah2 seperti orang "buta" yang menganuti agama ini tanpa sebarang pedoman...tapi sekiranya kamu mempunyai dalil yang kukuh dalam kamu menganuti agama ini, kamu akan menjadi seorang muslim yang kuat imannya dan menggunakan akal dengan sebaik2nya...

Firman ALLAH: Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu(wahai Muhammad) benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran(Ar-Ra'd:19)

Ak takut wahai sahabat2ku, jika sekiranya manusia tidak mengenali ALLAH, pencipta dan Pemilik serta Pemerintah alam ini, ia tidak ubah seperti haiwan yg hidup didunia....Tanpa mengetahui siapa menciptanya dan kenapakah dia hidup di dunia ini. Dia makan , minum, tidur, bangun dan menghabiskan umurnya sedangkan dia sendiri tidak megetahui kenapa dia hidup dan kenpa dia wujud..???

Firman ALLAH: Dan (sebaliknya) orang-orang Yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka(Muhammad:12)

Ak takut wahai sahabat2ku, jika sekiranya manusia tidak mengenali ALLAH, dia akan melakukan kebinasaan didunia dengan perbuatan dan tindakannya yang buruk kerana dia tidak merasa yg ALLAH Maha Melihat segala perbuatannya...


Wahai sahabat2ku, tika saat ini amat sedikit sekali ak melihat usaha kalian mencari tuhanmu...adakah sekarang ini kalian berasa sudah puas dalam mencari tuhanmu.. adakah sudah cukup membuatkan kamu betul2 beriman(yakin) yg Allah adalah tuhan yg satu...???

Kisah Sultan Muhamamd Al-fatih

Aku pernah terbaca dalam sirah kemenangan Islam dizaman Sultan Muhammad al-Fatih....yg mana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda ketika menggali Parit Khandaq;

"..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……" (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan selepas kemenangan keatas constantinople, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Sultan Muhammad al-fatih memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh.....Subhanaallah hebatnya .... Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Wahai sahabat2ku, kalian lihat betapa dekatnya hubungan sultan dan tenteranya dengan ALLAH, adakah hubungan tersebut terjalin dgn begitu sahaja tanpa yakin seyakin-yakinnya bahawa Allah adalah tuhan sekalian alam..???? mustahil dan bodoh ak katakan jika hubungan itu terjadi dgn sendirinya...

Ekspedisi Gunung Stong

Alhamdulillah baru-baru ini ak bersama sahabat-sahabat yg lain telah selamat pulang dari perkhemahan kami ke gunung stong yg terletak di daerah Kuala Krai. Perjalanan ak kali ini bukan sekadar perjalanan ksong dan biasa tetapi perjalanan yg mahu menyaksikan sendiri makhluk ciptaan Tuhan yg MAHA AGUNG....Subhanaallah cantik sungguh pemandangan nye dan unik sungguh hasil ciptaan-NYA...bayangkan air terjun yg mengalir tidak henti2, ikan wujud dan hidup walaupun berada 400 meter dari aras laut, dan titisan2 air yg membentuk kabus selepas hujan.... Adakah semua ini terjadi dengan sendirinya...???