Hidup Mencintai dan Dicintai..


Beberapa hari lalu, ak keluar bersama rakan2 lama yg hampir 3 tahun kami tidak berjumpa. Perjumpaan kami sgt meriah dan kami begitu teruja untuk bertanya khabar dan perkembangan masing-masing. Perbualan kami memakan masa hampir 1jam dan banyak benda yg kami bualkan. Segala memori diceritakan kembali..

Dan secara tiba-tiba,

Perjumpaan tersebut menanyakan dan menceritakan awek masing2..tidak terkecuali ak ditanya soalan sedemikian oleh rakan2..ak terdiam dan hanya mampu tersenyum..hoho…Suasana meriah td terhenti buat seketika..dan melalui ‘body language’ mereka ak dapat merasakan yg mereka seolah2 menganggap diriku ini “LOSER” kerna tidak memiliki awek..haha

Penulisanku ini bukan untk menceritakan ak still available ke x….tapi ak ingin menyatakan suasana disekeliling kte seolah2 menjadi satu kemestian untk memiliki awek atau pakwe sebelum berkahwin. Cuba kte lihat rancangan TV, hampir setiap kali cerekarama atau drama terutama drama melayu dipertontonkan babak Cinta antara Manusia ini.Cuba kte dengar radio, hampir setiap panggilan telefon dari pendengar radio menelefon untuk mengucapkan salam sayang kepada kekasih..Cuba kte pergi pusat membeli-belah, hampir setiap pasangan lelaki perempuan yg berpimpin tangan adalah yg belum lg ada ikatan perkahwinan.

Apakah semua ini ko tidak nmpk sahabatk-sahabatku...??

Aku bkan menghalang fitrah cinta ini yg lahir dari hatimu sahabatku..Tipu jika ak katakan ak x penah mencintai perempuan selama ini...tetapi ak takut perasaan cinta ini membuka peluang bagi Syaitan untuk melalaikan dan menjarakkan dirimu dari AR-RAHMAN, Tuhan sekalian alam. Sejauh mana kepastian kamu pada Tuhanmu, yg cinta kamu terhadap kekasih tidak melebihi cinta kamu terhadap AR-RAHIM..Sedangkan perkara sebenar yg berlaku adalah sebaliknya..ko meletak cinta kekasih lebih tinggi dari cinta Tuhanmu…

Tolong jujur katakan wahai sahabatku,

Manakah lebih kerap ko lakukan, membaca surat cintanye(Al-quran) ALLAH atau ko membaca surat cintanye(sms) kekasihmu..??

Manakah lebih banyak wang yg ko belanjakan, ke jalan ALLAH atau membelanjakan ia untk kekasihmu..??

Manakah lebih bersemangat untk ko buat, keluar ke surau kerna mendengar seruan azan atau keluar ke Shopping Mall kerna ingin keluar bersama kekasihmu ..??

Jawab pertanyaan ini sahabatku..Coretan yg ak luahkan ini bukan sahaja ak tujukan untk kalian tetapi ia adalah teguran keras pada diriku sendiri yg pernah terjerumus dgn cinta yg xde ikatan ini..Sahabatku, ALLAH lebih berhak untuk kita cintai dan ingati diusia ini..

“Ya Allah, aku tidak pasti samada Kau benar-benar meredhai cintaku pada-Mu. Aku sedih dengan suasana hatiku yang sering berbolak-balik dan kadang-kadang hampir ditewasi cinta manusia.Ya Allah, andai hati ini jauh dari-Mu, maka tukarkanlah hati ini dgn hati yg mencintai-Mu”

4 comments:

iSMan berkata...

salam..bagus nta punyer pendapat..dulu time kat mysia, g daurah kat tts..ade dr fadhil ni ckp trend mysia ni, couple ni mmg perkara biasa..kalau x couple,die mcm "alien"..semua org rase pelik sbb nape die x couple..huhu...lps tu asyik ckp mende tu je..x tau nape..huhu..ana pun kdng2 x selesa gak bile jumpe kwn2 time cuti..kdng2 terfikir juga nape derang borak2 mende ni sedangkan kat umat islam kat palestin tu kite perlu lebih tau amik berat..teruskan perjuangan nta..jgn mudah terpengaruh..semoga Allah mengukuhkan kedudukan kita..insyaAllah..jzkk..wasalam

Mohd Saifulhaziq B Noorman berkata...

Alhamdulillah segala puji bg tuhan sekalian alam...ana harap penulisan artikel ini dpt membuka hati-hati kte mengenal cinta sebenar kepada-NYA....dan akhi isman syukran...semoga ISLAM pasti gemilang suatu hari nnt...

laily berkata...

yes..i agree with u...nak nasihat pon xtau cmne kat diorg ni...poning den...

lilianaazuarroslee berkata...

salam..akak setuju + sokong ngn pandangan doc tu..=)