KekuaTan Spritual or KekuaTan Jatidiri


Pada satu malam seorang drpd rakan fakultiku menelefonku dengan nada kesedihan...ak bertanya knpa die bersedih..??die memberitahu hatinya tidak bahagia dan merasakan hidupnya kosong..dia berkata dia merasakan dirinya tak tenang dan tak tau apa tujuan dia hidup sebenarnya..Bisik hatiku "budak ini tentu sekali dia belum menjawab persoalan dasar dalam hidupnya 'Siapa sebenar dirinya??' 'Untuk apa dia hidup sebenarnya??' 'kemana dia mau tuju selepas ini??' "....

Bagiku perkara ini bukan perkara kecil yg harus dipandang enteng...Alhamdullilah Allah telah buka pintu hatinya untuk mencari dia si Maha Esa...Lantas ak menyuruhnye membaca beberapa buah buku dan ak mengatakan ak ingin berjumpa dengannye..Selang beberapa hari..Ternyata selepas diselami perasaanya dia memerlukan sesuatu kekuatan seperti seolah-olah jantung yg bekerja yg sentiasa maukan oksigen...

Apa yg diperlukan nya..????

Dia perlukan kekuatan spiritual..apa die kekuatan itu??..iaitu kekuatan rasenye dia bertuhan (God Consciousness)..ape itu rasenye bertuhan?? Iaitu kekuatan akidah yg kuat...

Bagi diriku situasi yg dialami kawanku ini bukan situasi pelik, ak yakin hampir kebanyakan org melayu Islam tidak mempunyai kekuatan ini...Kerna apa..??? kerna ia mendapat nikmat iman dan islam ini cukup mudah iaitu drpd mak bapak dorng..Sbb itu kte lihat namanye melayu islam tapi selamba aje mengaku terlanjur, selamba aje minum arak tanpa segan silu, selamba aje x puasa dalam bulan ramadhan.. Tetapi Lain sungguh kalo kte lihat rakan2 kte yg mualaf cnthnye ust farid ravi, ustz ridhuan tee,mr yusuf islam...mereka org yg hebat dan mempunyai kekuatan spritual yg Mantop...!!!

Sbb apa mereka cukup hebat dan mantop..???.......Sbb mereka mencari Tuhannye..mereka melakukan PENCARIAN..!!!!!

Tidak bermakna ko SUDAH BERAGAMA ISLAM tetapi ko SUDAH CUKUP mencari Tuhanmu....!!!!!!...

Kemudian rakanku td bertanya, "habis tu pul mcm mana kte nk cari tuhan??"...ak menjawab,"kalo nak cari tuhan dengan membaca lar sbb itu ayat pertama turun Allah kata "Baca Dengan Nama TuhanMu"...die bertanya lagi, "kalo mcm tue buku ape nk dibacanye??"...ak menjawab" terpulang pada orngnye jika ia merasa senang mengaitkan kewujudan Allah dgn fakta-fakta sains..ia boleh membaca buku yg mngaitkan fakta sains dan Al-Quran...jika ia merasa senang untk mengkaji agama terbaik di muka bumi ini, ia boleh membaca buku perbandingan agama...atau ia senang membaca buku berunsur falsafah..ia boleh membaca buku-buku akidah yg dikupas oleh imam-imam besar.."

Kisah Nabi Ibrahim

Nabi Ibrahim melakukan pencarian Tuhannye supaya dia menjadi seorang yang yakin. Suatu malam, Ibrahim melihat satu bintang. Dia berkata "Ini Tuhanku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Aku tidak menyukai yang terbenam." Lalu baginda menolak bintang itu sebagai Tuhannya.

Kemudian dia melihat bulan terbit. Dia berkata, " Ini Tuhanku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Jika Tuhanku ini tidak memberi petunjuk kepada aku, tentu aku menjadi daripada kaum yang sesat." Bulan juga ditolaknya sebagai Tuhan.

Akhir sekali, baginda melihat matahari terbit. Dia berkata, " Ini Tuhanku; ini lebih besar!" Tetapi apabila ia terbenam, baginda menolaknya juga sebagai Tuhan.

Demikianlah Allah memberi petunjuk kepadanya, bahawa Tuhan yang sebenar ialah Dia yang memulakan langit dan bumi.

Namun, hatinya tidak tenteram. Maka dia memohon, "Wahai Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang yang mati."

Tuhan bertanya, "Kenapa, tidakkah kamu mempercayai?"

Ibrahim menjawab, "Ia, tetapi supaya hatiku tenteram."

Lantas Tuhan menyuruhnya mencincang beberapa ekor burung yang mati, dan kemudian letak burung-burung itu di atas beberapa buah bukit yang berlainan. Selepas itu Ibrahim disuruh memanggil mereka...Lantas burung td hidup dan terbang seperti sediakala...

Begitulah Nabi Ibrahim mendapat kekuatan spiritual iaitu keyakian yg utuh kpd Allah...

190. Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berfikir;

191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab api neraka.(Ali-Imran 190-191)


0 comments: