Haha..Dato Khan pun x suka...!!!


Salah satu berita dari hiburan mstar.....



GAURI Khan, isteri kepada pelakon paling popular Bollywood Shah Rukh Khan(SRK), terkenal dengan mengenakan fesyen yang bergaya.

Namun tidak ramai yang tahu bahawa satu masa dahulu SRK tidak mahu Gauri memakai skirt dan kemeja-t ketika mereka keluar bersama kerana sifat cemburunya.

"Saya tak suka kalau Gauri lepaskan rambutnya. Dia seorang yang sangat cantik dan menawan sebab itu saya tidak mahu dia memakai skirt dan kemeja-T!

"Bagaimanapun saya berjanji tidak akan mengongkongnya selepas kami sudah berkahwin," kata Raja Bollywood itu.

SRK dan Gauri berkahwin pada tahun 1991.

"Pada masa itu saya tak pasti kalau Gauri benar-benar cintakan saya sepertimana saya cintakan dirinya," kata aktor berusia 43 tahun itu lagi.

Menurut beliau, bukan sahaja dia sendiri yang menganggap Gauri sebagai wanita yang paling menawan, malahan anak mereka sendiri, Aryan, mengatakan Gauri lebih cantik daripada aktres Hollywood, Angelina Jolie.

"Sekarang ini, kalau Gauri menghadiri parti dengan memakai skirt panjang, Aryan akan menyuruhnya supaya tidak memakai pakaian seperti itu kerana dia sendiri tidak suka," kata SRK sambil ketawa....


Haha.....tau lak dato khan suro bini nye pakai longgar-longgar...Bagus2x...

So sahabat2x sape2 yg terasa die pakai sendat2 dan ketat2...Ingat Shah Rukh Khan suka ke..!!!!hehe.. jom kte ubah....kte pakai tudung dan pakaian longar2...hoho....

Aku teringat article tntng "perumpamaan buku"

if u think logically…yg bertutup itu lagi mahal harganye berbanding yg x brtututup…Contohnye cuba kte g kedai buku untk mmbeli buku…Rasenye2 buku mana yg kte pilih untk dibeli sekiranya yg hendak dibeli hanya1 buku tetapi diberi 2 pilihan yang mana tajuk bukunye serupa tetapi keaadan bukunye sgt berlainan…. Satu buku, keaadannye xde pembalut yg mana bukunye telah banyak kali dipegang oleh org DAN satu buku lagi elok dibalut rapi dgn teliti dan tidak diusik oleh orng…

Rase-rasenye buku yg mana kte pilih..?????

Sudah tentu buku yg dibalut rapi bukan ???


Allah berfirman dan surah An-Nur(ayat 31)

dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.


0 comments: