Perjuangan Mengurus Cinta..



“Dan daripada tanda-tanda (kebesaran) –Nya adalah Dia menciptakan pasangan-pasangan untuk-mu daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan berasa Tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antara kamu perasaan kasih dan sayang....( Ar-rum 30:21)”

Termenung dan terfikir sebentar akan dalam nya makna ayat Allah ini. Perkataan “Tenteram” itu betul-betul membuatkan diriku menjadi tidak tenteram selagi memikirkan jodoh yg menjadi persoalan dalam hidupku belum selesai. Bayangkan bagaimana tidak tenteram selagi mana

  • 1)Pergi Melihat Majlis kahwin rakan2 ku...memikirkan bagaimana lar majlisku nanti..??
  • 2)Melihat rakan sekerja lain mempunyai isteri untuk dibawa keluar bersama...memikirkan bila lar agak nya ak bleh keluar seperti mereka..??
  • 3)Melihat masalah yg dihadapi diluahkan kepada isteri/suami tercinta..memikirkan aduh alangkah seronoknya kalo mempunyai pasangan yg pahit manis kehidupan bleh dikongsi bersama..??
  • 4)Melihat rakan2 lain yg sudah berkahwin mempunyai isteri yg sarat mengandung...memikirkan mesti seronok gila perasaan suaminya tatkala menunggu anak yg bakal dilahirkan...??

Dan macam2 lagi gambaran hidup berkeluarga ini menjadi permainan imaginasi ku . Dan cabaran yg paling besar saat aku hadapi sekarang bukan cabaran bagaimana hidupku selepas bernikah kelak tetapi cabaran bagaimana diri ini untuk "Mengurus dan Mengawal Cinta kita pada si Dia tanpa dinodai hasutan-hasutan Syaitan sebelum bernikah"...

Di Saat duduk sepi keseorngan memikirkan si Dia ada sahaja hasutan jahat syaitan untuk

  1. Call lar awek tue...Tanya khabar dan sebagainya
  2. Message r die..tanya dah makan ke belum dan ckap je nak berkenalan...
  3. Ajak r awek tue untuk keluar berdua-dua ngan dia
  4. Belai r awek tue...dia memerlukan kasih sayang ko...

Dan macam2 lagi perkara2 maksiat yg dibisikkan kepada manusia yg bergelar bujang ini. Aku tidak nafikan yg setiap Manusia ada perasaan mendalam kepada seseorg yg dicintainya..

Tapi persoalannya bukan tentang perasaan betapa minatnya kita pada dia, tetapi lebih kepada persoalan betapa besarnya Perjuangan Hati ini dalam Mengawal perasaan minat kita pada si dia..Teringat aku kepada kisah Saidina Ali dan Saiditina Fatimah

Kisah Sayidina Ali dan Sayidatina Fatimah al-Zahra

Pada malam pertamanya. Fatimah, puteri Rasulullah si pengantin baru berkata kepada suaminya Ali.

“Kanda-Kanda, dulu kan sebelum kita bernikah, dinda minat dan teringin sangat nak jadi isteri Seorang lelaki itu. Dinda amat mengaguminya” kata Fatimah kepada suaminya

Dengan penuh cemburu , Ali berkata..

“Habis tue, dinda menyesal ke nikah dengan kanda..???”

Si Isteri menjawab nakal dengan senyuman..

“Tak menyesal langsung kekandaku Sayang, kerana Orang yg aku minati dulu itu adalah kamu , Suamiku...!!” kata Fatimah

Kisah ini menjadi salah satu bukti yg jelas bahawa puteri Rasulullah juga pernah memendam perasaan cinta kepada Saidina Ali, mengagumi ,merindui , dan memasang impian untuk hidup bersamanya. Tetapi kita lihat betapa cantik perhubungan Ali dan Fatimah ini dalam menjaga perasaan berlandaskan Quran dan As-Sunnah sebelum bernikah..

Dan pesan untuk diriku tentang hakikat ini..

“Cinta itu hakikatnya suci dan indah. Manusialah yg mengotorinya dengan calitan nafsu dan syahwat. Cinta bertambah indah dan suci apabila Islam memagarainya dengan batas syariat”

Ya Allah Ya Tuhanku, Jika Si Dia adalah jodohku, kau permudahkanlah jalanku menuju Sunnah Nabi-Mu dan Jikalau bukan Si Dia adalah jodohku, kau hilangkan perasaan cinta ku pada si Dia agar aku dapat mengurus Cintaku terhadap-MU dengan lebih sempurna...



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

1 comments:

diari farisha berkata...

godaan syaitan itu sntiasa mghasut manusia. semoga kamu mendapat pasangan hidup yg solehah! amin :)