Ayuh Pesakit ku..Hidup mu Untuk Mati...!!


“Are we afraid to death? I will be by killing or by cancer . The same thing. We are all waiting for the last day of our life.Nothing will be changed. If it is by cardiac risk or by Apache. But i prefer to be by Apache” –Dr Abdul Aziz Ar Rantissi

Secara jujur kalimah ini diungkapkan oleh As-Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantissi beberapa hari sebelum beliau diserang oleh pesawat tempur Apache rejim Zionis. Beliau sudah membayangkan kematian hingga akhirnya beliau meraih apa yang di cita-citakan iaitu syahid

Apa yg ingin aku renungi saat meneliti kata-kata itu ialah, Bagaimana kita merancang untuk MATI? Setiap manusia akan melalui saat getir kematian. Tetapi bagaimanakah cara kita ingin mengakhiri silibus kehidupan ini ? posisi apakah yang menjadi pilihan saat Malaikat Izrail datang menjemput?

Cukup cantik konsep yg dipegang Dr Aziz ini yg mana “hidup nye untuk mati” dan beliau berjuang dan berusaha sedaya upaya supaya beroleh kematian yang nilainya tinggi disisi ALLAH

Situasi Kematian di Malaysia

Di saat 4 bulan aku berada di posting Medical, Kematian menjadi satu perkara biasa bagi diriku. Hampir setiap hari, akan ada sahaja insan yg pergi menemui Ilahi, dan yg menjadi satu perkara biasa lagi yg bagiku seharusnya ia luar biasa, adalah Solat Ketika Sakit. Aku melihat fenomena lalai dan alpa dalam solat tika sakit ini sangat-sangat biasa. Boleh dikatakan hampir separuh pesakit yg masuk akan meninggalkan solat dengan menggunakan sakit sebagai alasan.....

dan saat yg aku paling sedih sekali adalah dimana ada beberapa orang pesakit yg terlantar selama beberapa minggu,

pada minggu pertama ia masih sedar sepenuhnya (GCS 15), pada minggu kedua keadaannya semakin teruk (GCS 9) dan pada minggu ketika ia sudah pergi menemui Ilahi. Selama aku memerhatikan dari minggu pertama, belum ada lagi saat dia menginginkan solat atau meminta bantuan untuk memudahkannya ia solat

.....adui sampai ke hujung hayatnya ia masih belum solat dan menunaikan tanggungjawabnya sebagai Hamba ALLAH..nauzubillah...

Sebenarnya, mengerjakan solat itu ringan dan mudah, Namun pada kebanyakan pesakit muslim, solat adalah perkara paling berat dilakukan.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. (Al-baqarah:286)

Contohnya dalam solat, orang yang tidak dapat berdiri, dapat bersolat secara duduk. Tidak dapat duduk, dapat berbaring. Malah dapat juga dilakukan dengan isyarat mata. Aku kira tiada lagi alasan meninggalkan solat melainkan alasan yang dibuat-buat...

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah Engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadaMu, (bahkan) Kamilah Yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa. (Taha:132)

Melihat Konsep Hidup untuk mati yg dipegang Dr Aziz ini seharusnya di diambil iktibar seluruhnya...Wahai pesakitku jawab akan persoalan ini..??

  • Kalo Beliau Menginginkan Matinya dengan Apache, Apakah kamu tidak menginginkan matimu dengan solat ..??
  • Kalo Sakit yg beliau alami dalam peperangan tidak menghalang beliau untuk solat, Apakah sakit yg kamu alami yg diberi Painkiller secukupnya menghalang kamu untuk solat..??
  • Jika Beliau merancang untuk Mati agar kematiannya tinggi Nilainya disisi ALLAH, Apakkah kamu merancang untuk Mati agar kematian kamu rendah Nilainya disisi ALLAH..??

Jawab lah dengan hati yang jujur pesakitku...hidup ini hanya sementara dan merangcang lah untuk mati ...

p/s : maaf kepada sehabatku dr bonot (Hakem)..kerana mengambil ikon beliau sebagai contoh..hehe... As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi gugur syahid pada 17 April 2004. Beliau adalah doktor perubatan dan merangkap Ketua Jemaah Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah (HAMAS) Palestin yang ke-2 selepas As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin yang gugur syahid pada 22 Mac 2004. Sheikh Yasin memegang kepimpinan Hamas bermula tahun 1987. Dr.Abdul Aziz pula memegang taklifan sebagai Ketua Hamas belum sampai sebulan, lalu ditembak oleh teroris Israel menggunakan helicopter Apache sebagaimana yang dilakukan oleh Israel pada Sheikh Yasin


1 comments:

Hanin berkata...

Nenek saya mintak nak solat waktu dia sakit menjelang wafat, tapi xde sape layan termasuk la saya yang jahil time tu.

kesal bila ingatkan. moga Allah ampuni saya dan nenek :'(