Cinta atas Nama Dakwah


Sekarang ini, Hangat diperkatakan satu infection yg menjadi epidemic dikalangan para daie yg membawa islam..Infection ape.????Haaa.....itu yg kte nak tau bukan..???

Andaian ini ak buat setelah ak mendengar lebih dari 3 org yg Inshaallah diberi kefahaman islam dan hidayah (Amin..) telah dijangkiti penyakit "Cinta atas nama dakwah". Sukar untuk ak tau dimana source of infectionnya tetapi ak melihat penyakit ini semakin chronic dari hari ke hari. Telah ak katakan tadi lebih dari 3 orng pesakit telah ak dengar , bermakna lebih dari 3 cerita telah ak hayati dan salah satu diantaranya ak telah saksikan sendiri surat cintannya...

Secara peribadi pernah terlintas difikiranku untuk bercouple atas nama dakwah ini tetapi Alhamdullilah hasil pembacaan ak yg x seberapa dan doaku kepada Ilahi ak masih tsabat(tetap) dijalanNYA...

Tolong jawab persoalan ini wahai Para Daie Muda..!!!!

Adakah alasan dakwahmu kepada kekasihmu itu betul-betul dengan tanggungjawab atau dicemari nafsu burukmu..???

Adakah ko sedar , yg selama ini ko membawa islam, ko berdakwah kung-kang2x dan ko cukup anti couple, tetapi sekarang ko cakap tak serupa bikin???.. [2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!!3. amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya] (As-Saff ayat 2-3)

Benarkah cita2mu wahai daie untuk membentuk "keluarga muslim contoh" sejati sedangkan kekasihmu itu belum tentu kamu berjaya mentarbiyah dia sepenuhnya.??? Silap2 kamu yg ditarbiyahnya dan kamu yg tewas , tersungkur dan terlingkup...!!!


Bagi ak, memang bagus niat dihati untk berdakwah, tetapi tugas "dakwah" itu banyak salurannya dan banyak caranya yg mana SYAITAN ditutup pintunya untuk melalaikan dan menggoda keturunan anak Adam. Secara kesimpulan untuk bercinta atas nama dakwah ini banyak keburukannaya berbanding kebaikan...keburukan ape..????Haaaaa..itu yg kte kena lu fikirla sendiri...

p/s:Infection ini hanya berlaku dikeaadan sekeliling penulis, jadi ini hanya satu andaian penulis. Sekiranya tersilap bahasa dan tersalah andaian..penulis memohon seribu kemaafan... sekian..

CRP satu analisis..


Perjalananku ke Maran,Pahang selama 2 minggu betul-betul memberi ak satu pengalaman dan pengajaran, biarpun kami kesana untuk tujuan community research program(CRP) yg diwjibkan kpd kami pelajar perubatan tahun 3, namun bukan semata-semata pengisian pgrm itu yg ak belaja tetapi, perhubungan antara kami sekumpulan(38 orng) untuk menjayakan pgrm itu yg betul2 menguji kami...ak melihat betapa besar peranan ketua dalam kumpulan, dan peranan ahli yg membantu dalam menyelesaikan masalah kumpulan kami....bermacam masalah kami hadapi...dgn accident keretanye lar...dgn tempat tinggal yg tak menentular...dgn supervisornye yg sempoi nk mampus....dgn tmpat tinggal perempuan yg agak membahayakan keselamatan...dan macam2 lagi....hoho....ada org kata "normal r masalah tue, org lain pun ada masalah jugak"...ak pun setuju lumrah alam ini setiap manusia pasti ada masalh....jadi bkan isu masalah yg ingin ak ketengahkn...

Tetapi apa yg ak belaja dari pengembaraan kami ini, bermula dgn konfliks besar antara ketua dan orng yg dipimpinnye...konfliks itu ak merasakan agak tegang dan ia tercetus hanya dengan orng yg dipimpinnye mahu tgk bola perlawanan akhir dan ketua nye suruh wat meeting yg tak significant yg menghalang orng yg dipimpinnye tgk bola...hehe...bagi ak secara peribadi sekiranya berada ditempat ketua...ak x de masalah... ak bleh membenarkan mereka kerna mereka bkan sekadar ahli biasa, tetapi ketiadaan mereka tidak menjejaskan langsung keputusan meeting...

Alhamdullilah, selang sehari ak sempat berdialog dgn ketua di dalam kereta dalam perjalanan pulang ke tmpat tggal, dashyat juga kami berdialog, sehinggakan nada tinggi digunakan...hehe...dalam perbualan kami...dia berkata "cuba paham situasi ak mcm mana, dgn mcm2 masalah dlm group nie, korng boleh tgk bola sesuka hati mana ak x marah, korang gak yg pilih ak sebagai ketua so pahamilah ak dan bagi r komitmen!!!!!..."...iskh2 panas gak dgr die ckp, seolah2 menyalahkan kami 100 peratus....sedangkan kami dgn rela buat bermacam jasa untk group..!!!Perbualan kami berlanjutan selama 1 jam....dan perbualan kami berakhir dgn bermaafaan antara kami.....

Peristwa itu benar2 mencerminkan dan memuhasabahkan diri ak yg daif ini...teringat balik peristiwa ketika ak memimpin salah satu biro untuk projek Episma..yg mana konfliks seperti ini tidak ubah malah bagi ak lebih berat dgn perletakan jawatan dan penarikan diri ahli yg ak pimpin...ketika itu, ak jahil...ak mengatakan si dia yg salah, yg si dia pulak mengatakan ak yg salah, akhirnya masalah yg ada menjadi semakin berat..Entah mcm mana ak berfikir dan bermuhasabah selepas projek itu berakhir...bagi ak x kisah sape yg betul dan sape yg salah tetapi ak memegang prinsip ak akan belajar dari peristwa lepas dan cuba membaiki diri dimasa akan datang...inshaallah....

Apa yg ak blajar...????

Pertama..untk menjadi pemimpin yg baik, dia perlu meletakkan jiwa dan perasaan nye kedalam jiwa orng dipimpin(empathy)...makna kata ko kena paham perasaannye dulu...sebelum ko meminta orng yg dipimpin memahami perasaan ko...seperti sifat Umar Al-khatab dalam bicaranya berkata

"Jika rakyatku kelaparan, aku ingin orang pertama yang merasainya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang terakhir yang menikmatinya."

Kedua...Pemimpin tidak boleh menganggap bahawa orng dia pimpin sama fikiran dgn die tentang sesuatu benda, makna kata Perception towards somethings is different between another..

Ketiga...Pemimpin perlu mencari satu titik persamaan antara dirinya dengan org yg dipimpin...

Keeempat....soliditary...kebersamaan...pemimpin perlu membuat peranan ahli biasa sama peri pentingnya dgn peranan ketua...makna kata...jgn sesekali ko rasa bagus dgn post ko sebagai ketua....

.....Iskh...sebenarnya byk lagi ak ingin kongsikan kelemahan ak....tetapi biarlah setakat itu saja yg ingin ak perbaiki...dan pandangan ak, pemimpin yg hebat bkan dilihat dari jwatan ko yg hebat(tinggi), tetapi pemimpin yg hebat adalah pemimpin yg dapat menjinakkan hati orng yg dipimpinnye... akhir kata Syabas dan Tahniah untuk ketua kumpulan Maran kerana berjaya melaksanakan tugas dgn baik ...

Krisis kenal Tuhan..


3 hari yg lepas dalam perjalanan kami ke UM(ada kelas) ak berbual dgn rakan teman sefalkuti, ak secara spontan bertanya kepadanya "Ko rasa selama lebih 20 tahun ko anuti agama Islam ini, ko tak pernah ke terpikir kat otak ko..betul ke agama islam yg ko anuti selama ini...???betul ke islam ini agama yg terbaik.???ko percaya ke ALLAH ini betul2 wujud..???,"....lama juga dia berpikir untuk menjawab...dia menjawab "dah adanya alam ini dan adanya manusia...dan Al-quran itu adalah mukjizat..so betul lar islam ini agama yg terbaik??...ak menjawab balik " ble ko kata adanya alam ini dan adanya manusia dan Quran itu adalah mukjizat...So WHAT..!!!!! apa kena mengena ngan ALLAH ini wujud...apa significantnye...!!!apa ko ada bukti kukuh nak yakin kan ak..???apa betul Quran itu mukjizat..???buktikan..???,"...panas juga soalan ak pada die..huhu...ternyata die diam dan belum bersedia menjawab soalan aku itu...

Peristiwa ini membuktikan betul juga apa yg dikatakan Naqibku Ustaz Wanji, yg umat sekarng ini mempunyai krisis 'kenal tuhan'...

Wahai Saudara muslimku, sekiranya kamu tak mempunyai dalil yg kukuh dalam kamu menganuti agama ini...kamu seolah2 seperti orang "buta" yang menganuti agama ini tanpa sebarang pedoman...tapi sekiranya kamu mempunyai dalil yang kukuh dalam kamu menganuti agama ini, kamu akan menjadi seorang muslim yang kuat imannya dan menggunakan akal dengan sebaik2nya...

Firman ALLAH: Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu(wahai Muhammad) benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran(Ar-Ra'd:19)

Ak takut wahai sahabat2ku, jika sekiranya manusia tidak mengenali ALLAH, pencipta dan Pemilik serta Pemerintah alam ini, ia tidak ubah seperti haiwan yg hidup didunia....Tanpa mengetahui siapa menciptanya dan kenapakah dia hidup di dunia ini. Dia makan , minum, tidur, bangun dan menghabiskan umurnya sedangkan dia sendiri tidak megetahui kenapa dia hidup dan kenpa dia wujud..???

Firman ALLAH: Dan (sebaliknya) orang-orang Yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka(Muhammad:12)

Ak takut wahai sahabat2ku, jika sekiranya manusia tidak mengenali ALLAH, dia akan melakukan kebinasaan didunia dengan perbuatan dan tindakannya yang buruk kerana dia tidak merasa yg ALLAH Maha Melihat segala perbuatannya...


Wahai sahabat2ku, tika saat ini amat sedikit sekali ak melihat usaha kalian mencari tuhanmu...adakah sekarang ini kalian berasa sudah puas dalam mencari tuhanmu.. adakah sudah cukup membuatkan kamu betul2 beriman(yakin) yg Allah adalah tuhan yg satu...???

Kisah Sultan Muhamamd Al-fatih

Aku pernah terbaca dalam sirah kemenangan Islam dizaman Sultan Muhammad al-Fatih....yg mana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda ketika menggali Parit Khandaq;

"..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……" (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan selepas kemenangan keatas constantinople, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Sultan Muhammad al-fatih memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh.....Subhanaallah hebatnya .... Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Wahai sahabat2ku, kalian lihat betapa dekatnya hubungan sultan dan tenteranya dengan ALLAH, adakah hubungan tersebut terjalin dgn begitu sahaja tanpa yakin seyakin-yakinnya bahawa Allah adalah tuhan sekalian alam..???? mustahil dan bodoh ak katakan jika hubungan itu terjadi dgn sendirinya...

Ekspedisi Gunung Stong

Alhamdulillah baru-baru ini ak bersama sahabat-sahabat yg lain telah selamat pulang dari perkhemahan kami ke gunung stong yg terletak di daerah Kuala Krai. Perjalanan ak kali ini bukan sekadar perjalanan ksong dan biasa tetapi perjalanan yg mahu menyaksikan sendiri makhluk ciptaan Tuhan yg MAHA AGUNG....Subhanaallah cantik sungguh pemandangan nye dan unik sungguh hasil ciptaan-NYA...bayangkan air terjun yg mengalir tidak henti2, ikan wujud dan hidup walaupun berada 400 meter dari aras laut, dan titisan2 air yg membentuk kabus selepas hujan.... Adakah semua ini terjadi dengan sendirinya...???





KekuaTan Spritual or KekuaTan Jatidiri


Pada satu malam seorang drpd rakan fakultiku menelefonku dengan nada kesedihan...ak bertanya knpa die bersedih..??die memberitahu hatinya tidak bahagia dan merasakan hidupnya kosong..dia berkata dia merasakan dirinya tak tenang dan tak tau apa tujuan dia hidup sebenarnya..Bisik hatiku "budak ini tentu sekali dia belum menjawab persoalan dasar dalam hidupnya 'Siapa sebenar dirinya??' 'Untuk apa dia hidup sebenarnya??' 'kemana dia mau tuju selepas ini??' "....

Bagiku perkara ini bukan perkara kecil yg harus dipandang enteng...Alhamdullilah Allah telah buka pintu hatinya untuk mencari dia si Maha Esa...Lantas ak menyuruhnye membaca beberapa buah buku dan ak mengatakan ak ingin berjumpa dengannye..Selang beberapa hari..Ternyata selepas diselami perasaanya dia memerlukan sesuatu kekuatan seperti seolah-olah jantung yg bekerja yg sentiasa maukan oksigen...

Apa yg diperlukan nya..????

Dia perlukan kekuatan spiritual..apa die kekuatan itu??..iaitu kekuatan rasenye dia bertuhan (God Consciousness)..ape itu rasenye bertuhan?? Iaitu kekuatan akidah yg kuat...

Bagi diriku situasi yg dialami kawanku ini bukan situasi pelik, ak yakin hampir kebanyakan org melayu Islam tidak mempunyai kekuatan ini...Kerna apa..??? kerna ia mendapat nikmat iman dan islam ini cukup mudah iaitu drpd mak bapak dorng..Sbb itu kte lihat namanye melayu islam tapi selamba aje mengaku terlanjur, selamba aje minum arak tanpa segan silu, selamba aje x puasa dalam bulan ramadhan.. Tetapi Lain sungguh kalo kte lihat rakan2 kte yg mualaf cnthnye ust farid ravi, ustz ridhuan tee,mr yusuf islam...mereka org yg hebat dan mempunyai kekuatan spritual yg Mantop...!!!

Sbb apa mereka cukup hebat dan mantop..???.......Sbb mereka mencari Tuhannye..mereka melakukan PENCARIAN..!!!!!

Tidak bermakna ko SUDAH BERAGAMA ISLAM tetapi ko SUDAH CUKUP mencari Tuhanmu....!!!!!!...

Kemudian rakanku td bertanya, "habis tu pul mcm mana kte nk cari tuhan??"...ak menjawab,"kalo nak cari tuhan dengan membaca lar sbb itu ayat pertama turun Allah kata "Baca Dengan Nama TuhanMu"...die bertanya lagi, "kalo mcm tue buku ape nk dibacanye??"...ak menjawab" terpulang pada orngnye jika ia merasa senang mengaitkan kewujudan Allah dgn fakta-fakta sains..ia boleh membaca buku yg mngaitkan fakta sains dan Al-Quran...jika ia merasa senang untk mengkaji agama terbaik di muka bumi ini, ia boleh membaca buku perbandingan agama...atau ia senang membaca buku berunsur falsafah..ia boleh membaca buku-buku akidah yg dikupas oleh imam-imam besar.."

Kisah Nabi Ibrahim

Nabi Ibrahim melakukan pencarian Tuhannye supaya dia menjadi seorang yang yakin. Suatu malam, Ibrahim melihat satu bintang. Dia berkata "Ini Tuhanku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Aku tidak menyukai yang terbenam." Lalu baginda menolak bintang itu sebagai Tuhannya.

Kemudian dia melihat bulan terbit. Dia berkata, " Ini Tuhanku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Jika Tuhanku ini tidak memberi petunjuk kepada aku, tentu aku menjadi daripada kaum yang sesat." Bulan juga ditolaknya sebagai Tuhan.

Akhir sekali, baginda melihat matahari terbit. Dia berkata, " Ini Tuhanku; ini lebih besar!" Tetapi apabila ia terbenam, baginda menolaknya juga sebagai Tuhan.

Demikianlah Allah memberi petunjuk kepadanya, bahawa Tuhan yang sebenar ialah Dia yang memulakan langit dan bumi.

Namun, hatinya tidak tenteram. Maka dia memohon, "Wahai Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang yang mati."

Tuhan bertanya, "Kenapa, tidakkah kamu mempercayai?"

Ibrahim menjawab, "Ia, tetapi supaya hatiku tenteram."

Lantas Tuhan menyuruhnya mencincang beberapa ekor burung yang mati, dan kemudian letak burung-burung itu di atas beberapa buah bukit yang berlainan. Selepas itu Ibrahim disuruh memanggil mereka...Lantas burung td hidup dan terbang seperti sediakala...

Begitulah Nabi Ibrahim mendapat kekuatan spiritual iaitu keyakian yg utuh kpd Allah...

190. Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berfikir;

191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab api neraka.(Ali-Imran 190-191)


Kejatuhan Pemerintah Yg Zalim Semakin Jelas..


Alhamdulliah Syukur kehadrat ALLah...saat ini ak memerhatikan kebangkitan suara keadilan smkin diterima ramai...bermula daripada mac 2008 iaitu pilihanraya umum sehinggkan ke pilihanraya kampus baru-baru ini menampakkan anjakan pemikiran seluruh rakyat Malaysia dari remaja sehinggakan golongan tua semakin berani menolak kezaliman dan penyalahgunaan kuasa...

Anak Kezaliman

Kezaliman ini setahu ak hebat tika pemerintahan Razali Agus menjadi TNC HEP UM dan ini diteruskan oleh DR Azraei...apa ak lihat kezaliman mereka ini walaupun tidaklah sekejam bapak mereka iaitu Pemimpin tertiggi UMNO tetapi ia tetap menyakitkan hati bg org yg cintakan kebenaran...1)Para pendokong pro-M dibuang kolej tanpa sebab kukuh 2)Projek yg ada kaitan dgn huruf 'I' iaitu islam diperketatkn dan sukar untuk diluluskan 3)Sistem Kroni untuk memegang Jawatan di setiap Kolej diamalkn termasuk dari jawatan tertinggi iaitu Pengetua sampailah yg jawatan terkecil iaitu Presien Kolej 4)Pilihanraya kampus dikendali dgn tidak adil(isu pengundi hantu 2006/2007...isu penukaran nombor calon pro-M last minute 2007/2008 dan byak lagi)..5)Penyelewengan duit rakyat oleh pihak pentadbiran UM yg tidak sepatutnya disalurkan kpada Aspirasi dalam pilihanraya(isu wakil calon dan calon aspirasi bercuti di pulau tioman 2007/2008)...

Bapak Kezaliman

Kezaliman ini bermula tika zaman pemerintahan Dr Mahatir lg..Tika beliau memerintah terlampau bnyak penindasan dan penyelewengan yg dibuat dizaman beliau...1)Istitusi kehakiman dicabuli 2)Rasuah dalam UMNO semakin menjadi-jadi 3)Sistem Kroni diaamalkn 4)Anwar Ibrahim di penjara dan dipecat tanpa bukti kukuh 5)Peristiwa Memali yg membunuh Ustaz Ibrahim Libya yg kesnye ditutup smpai skrng tidak dibicarakan 6)Penafian hak royalti minyak dilakukan ketika Pas memrintah Terengganu 7)Kelantan dianak tirikan oleh kerajaan pusat......dan yg paling kurang ajar adalah ketika mana puak-puak UMNO ini mempermainkan dan menidakkan hukum hudud dan qisas yg mereka igt hukum ini adalah ciptaan pas padahal hukum ini adalah hukum dari ALLAH....kalo nak disenarai satukan tindakan binatang puak-puak ini..ak rasa korng akn bosan baca penulisan ak nie..:p

Datuk kezaliman

Kezaliman ini kte semua tahu bagaimana Firaun yg tergilakan kekuasaan dan bersifat amat zalim...Beliau memrintahkan rakyatnye supaya menyembahnye dan menafikan kebenaran agama tauhid yg dibawa Nabi Musa..Antara tindakan kejam beliau...beliau menyiksa isteri beliau sendiri, Asiyah sehingga mati kerna Asiyah cintakan agama kebenaran... Bukat setakat itu saja....LaktanuAllah ini juga mengenakan cukai yg melampau kpda rakyat Mesir, menindas dan memaksa puak yahudi membina piramid tanpa upah,membunuh semua anak lelaki yg lahir di Mesir dan tindakan paling cipan,cilanat,celaka,lahabau sekali adalah tika mana dia Mendakwa dirinya tuhan....Nauzubillah...

Dan akibatnye Allah menenggelamkan dan mematikan Firaun dan kaumnye...berbalik pada sejarah firaun ini kawan-kawanku...Allah menjanjikan kemenagan dan pertolongan kpda umat yg tertindas dan dizalimi dalam firmannya Al-Qasas ayat 4-5,

4. Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) Dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpecah-belah. ia menindas segolongan daripada mereka Dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan Yang membuat kerosakan.

5. dan Kami hendak memberi kurnia kepada kaum Yang tertindas di negeri itu(Mesir), dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang Yang mewarisi (Apa Yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).

Situasi sekarang,

Kita dapat lihat sekarang ini situasi puak Umno dan kuncu-kuncu nye semakin lemah.. dengan 2 kekalahan pilihanraya kecil berturut2, kerusi pilihnraya kampus pro-M semakin bertambah kali ini dan terbaru Adun Bota dari Perak telah lompat parti.. .Bak kata Tok Guru Nik Aziz Umno ini ibarat "Pokok Hampir Mati"..hehe....

Qunut Nazilah



Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka.

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa!
Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa!
Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka!

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab!
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan!
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab!

Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka