Berkira Tentang Jodoh..

Selamat Bercinta Sampai ke Syurga Sahabatku...
Saat Membalas Ziarah ke rumah Pengantin Lelaki

Sepanjang Musim Cuti Sekolah ini adalah masa yg terbaik untuk melangsungkan perkahwinan, Jadi dalam masa 2 minggu ini sebanyak 2 mempelai telah ak hadiri majlisnye iaitu sepupuku Kak Hidayah dan sahabatku Ismael..

Apabila melihat dan menghadiri upacara akad nikah mereka, ia membuatkan ak tersenyum seakan membayangkan macam mana r ak nnt saat diajabkabulkan..???hahaha..dan siapalah jodoh ak erk..??

Bila bercakap soal jodoh, bagi diriku ia adalah kenangan trauma kerana ak pernah berusaha dan gagal sebelum ini dalam urusan mencari jodoh. Tak mengapalah mungkin bukan jodohku lagi.

Cuma apa yg ingin aku kongsikan dalam pengalamanku disepanjang Majlis sepupuku kahwin adalah Bagaimana faktor Masyarakat memberi Impak negative kepada IBU dan BAPAku dalam apa yg mereka inginkan dalam criteria memilih menantu.....

Untuk pemilihan pasangan bagiku ak memilih atas dasar sikap dan pegangannya pada agama, Jika si Dia proaktif dalam mencari amal soleh, baik dalam pemahaman tentang agama dan sopan dalam pergaulan...Inshaallah Ak memohon pada ALLAH agar ak dipermudahkan urusan...

Tapi bila Pemilihan itu melibatkan kriteria yg diberi Oleh IBU dan BAPA, ak terasa sgt berat dan ia mencetuskan konflik ketika berbincang soal ini dgn IBU dan BAPA. Mereka terlampau menekan aspek pangkat, keturunan keluarga dan paras rupa dalam memberi neraca penilaian.

Apa yg ak lihat ketika di Kenduri Kahwin, Aspek inilah yg diberi penekanan dikalangan ahli “Majlis Mesyuarat Tingkap” ketika Berbual soal siapa Jodoh Sipolan tue. “Dia kerja mana..??? Belajar Universiti ke..?? Handsome ke Pengantinya..?? Doktor sama Doktor ke..?? Org mana tue..?? Bapaknya kerja Apa..??..Si Perempuan lagi tua ke..??”, itulah soalan2 yg sering didengari dikalangan ahli mesyuarat tingkap...dan aspek itu memberi kesan yg besar kepada Ibu dan Bapaku dalam bab ini..Dan Ak baru tahu kenapa mereka terlampau ketat dan autocratic untuk memilih menantu..

Ya ALLAH....sukarnya ak meyakinkan mereka dalam calon pilihan yg ak MAHUKAN....

YA ALLAH aku memohon kepada ENGKAU agar ditemukan dengan calon isteri yg solehah yang IBU dan Bapa merestui si DIA sebagai bakal isteri.....

Yang Ikhlas,
Hamba yg berjiwa khalifah...

Ibrah from Exam



Sekarang ini musim exam...ak pernah melaluinya 1bulan yg lepas dan aku tahu bagaimana perasaannya...

Disini lah perasaan risau, gementar, takut ,berharap dan tawakal semakin memuncak..Perasaan itu akan lebih dirasa apabila saat2ً exam itu adalah ujian yang terakhir sebelum aku bergelar menjadi doktor....

Tatkala aku mengenangkan balik kenangan2 exam itu....ada satu benda yg aku belajar....

Manusia itu apabila keadaan lemah ia akan Beringat akan yg Maha Kuat

-Ketika masa aku berbual ngan si dia 4 bulan sebelum exam..belum pernah aku dengar akan perkataan Kalimah Allah..tetapi bilamana exam tinggal beberapa hari lagi aku mengadu dan berborak tentang risaunya exam dengan dia..Lantas dia berkata "Kita berharap dan berdoa je pada Allah, ko dah usaha yg terbaik kan.."...saat itu dalam hati ku berbisik "WOW..!!"

-Ketika beberapa hari sebelum exam bermula, aku tersenyum dengan wall post facebook masing-masing penuh dengan pengharapan dan permintaan pada Allah..

-Ketika beberapa hari sebelum exam bermula, aku kagum dan gembira dengan orang yang jarang nampak di surau, beramai-ramai turun ke surau dan bersama-sama solat hajat ,membaca yassin dan berdoa

Manusia itu apabila keadaan selesa ia akan Lupa akan yang Maha Pemberi

-Ketika beberapa hari selepas exam diumumkan,"Tak sia-sia usaha ak selama nie, jom malam nie bersiap-siap pergi dinner" "Yahoo..!!! Ak dah jadi doktor akhirnya...korang dah bleh panggil aku doktor" "Wei korng nk wat ape lepas nie...Jom pergi bercuti sepuas-puasnya"

-Ketika beberapa hari selepas exam diumumkan, aku menggelengkan kepala dengan wall post facebook masing-masing penuh bangga dengan keputusannya

-Ketika beberapa hari selepas exam diumumkan, terkejut dengan sikit bilangannya yang turun ke surau dan keadaannya tidak seperti sebelum exam

Aku takut ayat Allah dalam surah Ar-Ruum yg bermaksud :

[30:33] Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya

...Maha suci Allah daripada sifat yang tercela, Aku berdoa kepadaMu agar ditetapkan iman dan menjadi golongan yg sentiasa berzikir dan bersyukur kepadaMu Ya Allah...

Yang Ikhlas,
Hamba yg berjiwa khalifah...

Do they know the meaning of angry..??







Today the star newspaper report some of the israeli supporter enraged the scupture of ailing ariel sharon

What im really funny is this scuplture is made by israel people who also created this thing to remember sharon for his long absent from the public

The sculpture show his illness who previously suffered from stroke and that has seen left him in a coma...padan muka...!!!!!

p/s: flasback what's he done previous time towards palestin-do they know our enraged and angry..???

-Posted using BlogPress from my iPod Touch
(Saifulhaziq Noorman)

Semangat Baru..!!




Alhamdullilah.. Aku sudah menjumpai 1software yg bleh tulis blog kat ipod touch..nmpaknye xde alasan untk ak malas atau sukar menaip post baru... Inshallah ak akan gunakan software ini sebaik munkin
....
Nantikan semangat yg baru dalam menulis blog...(teringat masa perbincangan ngan hakem knpa perlu untuk kte menulis)....

-Posted using BlogPress from my iPod Touch
(Saifulhaziq Noorman)

Ilmu itu BEST....!!!!


Baru semalam ak pergi pesta BUKU kat PWTC...ada beberapa buku yg ak beli...dan banyak lagi ak nk beli sebenarnya..tapi nasib baek dapat lawan nafsu..hoho...

dan bila balik dan bukak apa yg ak beli...ak tetiba rasa moral down dan termenung sebab ak lihat kat meja ak ada KUMAR n Clark dan Oxford handbook.....

bukan sbb buku medic yg ak moral down..tapi ak terfikir banyak nye ilmu ALLAH nie....

niat dihati nak kuasai ilmu perubatan, dalam masa yg sama nk kuasai ilmu berfikir, dalam masa sama nk kuasai sejarah para nabi dan para sahabat, dalam masa yg sama nk mahir ilmu management diri, dalam masa sama nk kuasai ilmu comparative religion, dan dalam masa yg sama nk kuasai fiqh perubatan dan dalam masa sama nk kuasai ilmu hadith dan dalam masa yg sama nk belajar tadabur quran....

dan ilmu perubatan tue saja bukan sikit...ada ilmu gynaecology,ilmu obtetrics, ilmu paedatric, ilmu surgery, ilmu psychology, ilmu orthopaedic dan sebagainye.....

Fuh...!!!!!...itu baru sikit je di listkan..ada byak lagi ilmu yg perlu untuk lengkapkan diri sebagai sorng DAEI.....

tapi......

tue yg ak pelik tue kenapa orng muslim yg semangat nk wat dakwah tapi masih kurang semangat membaca, masih suka bermain dan masih suka tengok wayang dan bergoyang kaki tanpa menanamkan sifat dalam diri untuk improve....

p/s: penulisan bukan dituju pada sesiapa...hanya sekadar peringatan untuk penulis.....

Seminar Dakwah Profesional



Alhamdullilah selepas ak g kursus pendakwah muda profesional yg disampaikan oleh bro LIM JOOI SON, bro Amin and bro Kamaruzaman ..ak mempunyai satu paradigma baru tentang aspek dakwah untuk non-muslim....

dan ini membuatkan ak ingin memiliki satu kitab “BIBLE” sendiri untuk ak baca dan kaji.....

dan...kepada-MU ya ALLAH....kuatkan hambamu ini dalam jalan DAKWAH...AMIN....

My name is Khan

Dalam penelitian ku membaca satu artikel...Ak tertarik dgn satu artikel mengenai laporan Filem Baru Shah Rukh Khan yg tajuknye “My Name is Khan”....menurut laporan,.. Filem tersebut mengenengahkan konsep “Agama bukanlah kriteria untuk menentukan orang itu baik atau jahat”......

pergh..!!!..best jugak klise agama bukan menentukan samaada baik atau jahat....hehe...ak setuju...

Sbb tue bulan lepas ak ada baca ‘Ustaz mengajar Alquran di salah sebuah sekolah johor meraba 14 anak murid darjah 4’...dan bnyak lagi kejadian2 mcm nie terjadi....haha...

so Persoalannye perlu ke AGAMA...?? sedangkan orng yg duduk dalam agama pun perangai mcm binatang...!!!sbb bak kata klise td agama x tentukan pun samaada org tue baik atau jahat...!!!org athesist(x bertuhan) pun berperangai baik dari orng yg beragama....so perlu ke AGAMA nie..????

haha...menarik...!!! cuba pikirkan.....

p/s:sbnrnye ak dalam proses membina satu modul bersama beberapa rakanku untk student 1st year tahun hadapan mengenai tajuk Aqidah...so ak harapkan provokasi sebegini dalam mencari nilai untuk beragama dalam islam...so sape2 ada suggestion/luahan/cadangan...blehlar email kat ak akupunye87@yahoo.com .. aku harapkan buah pemikiran kamu semua