Berkira Tentang Jodoh..

Selamat Bercinta Sampai ke Syurga Sahabatku...
Saat Membalas Ziarah ke rumah Pengantin Lelaki

Sepanjang Musim Cuti Sekolah ini adalah masa yg terbaik untuk melangsungkan perkahwinan, Jadi dalam masa 2 minggu ini sebanyak 2 mempelai telah ak hadiri majlisnye iaitu sepupuku Kak Hidayah dan sahabatku Ismael..

Apabila melihat dan menghadiri upacara akad nikah mereka, ia membuatkan ak tersenyum seakan membayangkan macam mana r ak nnt saat diajabkabulkan..???hahaha..dan siapalah jodoh ak erk..??

Bila bercakap soal jodoh, bagi diriku ia adalah kenangan trauma kerana ak pernah berusaha dan gagal sebelum ini dalam urusan mencari jodoh. Tak mengapalah mungkin bukan jodohku lagi.

Cuma apa yg ingin aku kongsikan dalam pengalamanku disepanjang Majlis sepupuku kahwin adalah Bagaimana faktor Masyarakat memberi Impak negative kepada IBU dan BAPAku dalam apa yg mereka inginkan dalam criteria memilih menantu.....

Untuk pemilihan pasangan bagiku ak memilih atas dasar sikap dan pegangannya pada agama, Jika si Dia proaktif dalam mencari amal soleh, baik dalam pemahaman tentang agama dan sopan dalam pergaulan...Inshaallah Ak memohon pada ALLAH agar ak dipermudahkan urusan...

Tapi bila Pemilihan itu melibatkan kriteria yg diberi Oleh IBU dan BAPA, ak terasa sgt berat dan ia mencetuskan konflik ketika berbincang soal ini dgn IBU dan BAPA. Mereka terlampau menekan aspek pangkat, keturunan keluarga dan paras rupa dalam memberi neraca penilaian.

Apa yg ak lihat ketika di Kenduri Kahwin, Aspek inilah yg diberi penekanan dikalangan ahli “Majlis Mesyuarat Tingkap” ketika Berbual soal siapa Jodoh Sipolan tue. “Dia kerja mana..??? Belajar Universiti ke..?? Handsome ke Pengantinya..?? Doktor sama Doktor ke..?? Org mana tue..?? Bapaknya kerja Apa..??..Si Perempuan lagi tua ke..??”, itulah soalan2 yg sering didengari dikalangan ahli mesyuarat tingkap...dan aspek itu memberi kesan yg besar kepada Ibu dan Bapaku dalam bab ini..Dan Ak baru tahu kenapa mereka terlampau ketat dan autocratic untuk memilih menantu..

Ya ALLAH....sukarnya ak meyakinkan mereka dalam calon pilihan yg ak MAHUKAN....

YA ALLAH aku memohon kepada ENGKAU agar ditemukan dengan calon isteri yg solehah yang IBU dan Bapa merestui si DIA sebagai bakal isteri.....

Yang Ikhlas,
Hamba yg berjiwa khalifah...

0 comments: