Proaktif: Antara Dikotomi Kefasikan dan Ketaqwaan


Proaktif: satu perkataan yg senonim dgn hebat dan effective...dan ak sebagai manusia suka bergaul dan bekerja dgn org yg bersifat proaktif..selama ak membaca apa yg dikatakan covey dalm bukunya 7 habit mengenai proaktif, yg ak dapat simpulkan apa yg dimaksudkannya adalah "the right to choose".."berkuasa untuk memilih"

Covey membezakan antara sifat proaktif dan reaktif dengan sangat tuntas..cuma ak sering mempersoalkan knpa seorg muslim sering kali gagal dalam menterjemahkan sifat sini kealam realiti..?? Knapa yer..??

Surah Assyams

Sifat ini telah pun dinukilkan dalam Quran ...

Demi Jiwa Beserta Kesempurnaanya, ALLAH mengilhamkannya jalan Yang membawanya kepada KEFASIKAN, dan Yang membawanya kepada KETAQWAAN, sesungguhnya BERUNTUNGLAH orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya MERUGILAH orang yang mengotorinya (Surah As-Syams ayat 7-10)

Boleh dilihat Sifat ini dalam semua tindakan kita seperti contoh ketika mendengar azan subuh, kita mempunyai kuasa untuk memilih untuk bangun atau sambung tido. Ketika nk ke kelas pada pukul 8 pagi kita mempunyai kuasa untuk memilih samada nak ponteng kelas atau pergi kelas/ ketika ingin ke surau untuk berjemaah kita mempunyai kuasa untuk memilih samaada nk pergi ke surau atau sembahyang sahaja di bilik. Dan Banyak contoh lain dalam menterjemahkan sifat ini didalam setiap kehidupan kita untuk membuat pilihan Kefasikan atau Ketaqwaan.

Seorang Pejuang ISLAM yang proaktif

Suka untuk ak memberi misalan dan perbandingan sebagai seorng pejuang ISLAM dengan seeorang salesman yg miskin yg sangat memerlukan wang...

Bayangkan seorng salesman yg tersepit dalam situasi seperti itu. Rasa2nya apa tindakan salesman itu tatkala merasakan kepentingan wang dalam hidupnya..semestinya tanpa diarah dan dinasihati..Dia akan “berkuasa untuk memilih” pelbagai cara dan kaedah untuk dicuba bagi mendapatkan pelanggan sekaligus die memperoleh pendapatan,

Munkin beliau akan mengetuk setiap rumah pintu menjual barang2nya,

Munkin beliau akan pergi ke setiap kedai dan menukar imejnya untk meyakinkan pembeli baranganya dan macam2 lagi tindakan tanpa disuruh akan dicubanya..

Kenapakah begitu..??? kerana Salesman tersebut merasakan keperluan duit didalam “PERNIAGAAN” nya membuat ia menggunakan sikap proaktif

Maka sekiranya kita yg muslim ini yg mana tanggunjawabnya besar sebagai khalifah bagaimana pula dalam kita menjalankan kerja islam..

Ayat quran assoff

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu PERNIAGAAN yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan BERJIHAD DI JALAN ALLAH dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (Surah As-Shaff ayat 10-11)


Jadi jika seorang pejuang itu percaya akan ganjaran Allah dan merasa keperluan tentang PERNIAGAAN yg Allah tawarkan yg tidak akan pernah sama nilai nya dgn perniagaan yg ada didunia ini, maka Renung2 kan lah....

Yang Ikhlas,
Hamba yg berjiwa khalifah...

0 comments: