Cabaran Buat Doktor Islami..!!



Sekarang ini kecoh dibuatnya mengenai isu Shift system. Ramai yg membantah dan ada juga yg suka mengenai perlaksanaanya. Nak x nak ia akan dimulakan pada satu 1 september 2011 by hook or by crook. Bagi aku, benda ini terjadi antara sebab utama adalah kebanjiran houseman yg sukar dibendung. Lihat sahaja stastitik mengatakan bahawa tahun 2010 sahaja kita sudah mempunyai 6000 houseman di Seluruh Malaysia dan dijangka pada tahun 2015 ia akan mencecah 8000 dan harus diingat juga hampir separuh daripada 32 medical school di Malaysia belum menghasilkan lagi graduasi mereka yg pertama. Bayangkan melihat jumlah yg sekarang ini pun sudah menakutkan, apalagi untuk menunggu sehingga ke 2015 yg mana pasti status “Doktor” yg suatu masa dulu di cita2 kan oleh anak kecil akan mula mempertimbangkan suatu karier yg baru yg lebih banyak peluang dan ruang.

Haha...motif penulisanku kali ini bukan berkisar tentang keluhan terhadap banyak nya houseman tetapi lebih berobjektifkan cabaran dan challenge yg bakal dihadapi oleh bakal doctor yg akan bergraduate kelak. Bayangkan sahaja kalo mahu melanjutkan pelajaran master in Surgery , seorang doctor terpaksa bersaing dengan lebih daripada 6000 org yg mana pengambilan setiap tahun dimaklumkan hanya 600 sahaja tempat yg ditawarkan.

Adui..!!..itu baru tahun ini sahaja macam mana kalo 3 tahun yg akan datang, confirm lar ia akan bertambah, dan boleh jadi 10000 orang doctor yg akan apply untuk ke master programme of surgery.

WOW.....BANYAKNYA...!!!!

Jadi , persoalannya sekarang bagaimana untuk mengapai cita2 masing2 dan bertahan dalam karier sebagai seorang doctor.

Jawapannya mudah iaitu.......KUALITI dan KREDIBILITI sebagai seorang doctor..!!!

Sahabat2ku,

Kalo sebelum ini , bakal doctor yg memegang panji Islam ini sering kali dilabel sebagai yg suka ponteng dalam kelas dan selalu repeat tahun/paper. Namun persepsi sebegini harus diubah kerana zaman sekarang adalah “Zaman Kompetensi” yg mana ia di ambil dikira untuk survive dalam aliran kesihatan ini.

Title “Doktor” bukan lagi menjamin kita untuk mendapat sanjungan dan respect di mata masyarakat, tetapi title “Doktor yg Kompetent” yg akan menjadi respect dan sanjungan di mata masyarakat..!!

Jika tidak lagi mendapat respect dalam masyarakat bagaimana munkin untuk sang daie ber”retorik” dalam menyampaikan Islam di Khalayak ramai...??

Rasul Junjungan kita

Kalo dilihat contoh yg terbaek buat kita sang daie adalah Nabi Muhammad SAW, sebelum baginda secara rasmi menjadi Rasul dan menyampaikan islam pada umur 40 tahun,

Apakah title yg diberi kafir quraish pada nabi saat itu.. ???

Al-amin dan As-siddiq = Yang Amanah dan Yang Benar

Persoalan timbul kenapa tidak Allah menjadikan Muhammad lebih awal kerasulannya.

Kenapa tidak pada umur 15 tahun..??

Kenapa tidak pada umur 20 tahun..?? dan

Kenapa tidak pada umur 3o tahun..??

Ini kerana, hikmah besarnya adalah agar Muhammad dapat mencipta dan melahirkan Kredibiliti dan Respect di kalangan masyarakat dengan title “Al-amin dan As-Siddiq” ketika itu sebelum berjuang dan menyampaikan agama Allah kepada masyarakat.

Ini bermakna nilai Kredibiliti dan Respect seharusnya dititikberatkan dalam element penting untuk menjadi seorang Daie.

Makanya Ayuh sahabat2 sefikrah denganku, jangan biarkan pelajaranmu diambil sambil lewa sehingga menganggu gugat Kredibilitimu sebagai seorang Daie..!!!

Pesanan untuk diri dan sahabat2 semua bawalah dirimu dalam bidang ini dengan 2 tanggungjawab

1) Merasa diri sebagai HAMBA ALLAH dengan melakukan setiap tindakan sebagai Ibadah

2) Merasa sangat bertanggungjawab sebagai KHALIFAH YG KOMPETENT dalam menggalas tugas sebagai seorang doktor kelak.

0 comments: