SUKA dan BENCI...

Hospitalku bakal tempatku bekerja..
"ADuuuuhhh", perkataan pertama dari mulut ak keluar setelah mendapat tahu Penempatan Hospital ku adalah di Temerloh Pahang...

Agak sukar untuk menerima hospital tersebut setelah keinginan ku ke Kedah tidak menjadi kenyataan..

Rayuan ku kesana untuk ditempatkan ke Kuantan pun tidak diterima...

Moral down juga..kerna apa yg kita SUKA tidak kita miliki...

Tak mengapalah Munkin ada hikmah nya dan munkin ini Adalah yg Terbaik di
SISI ALLAH

Ak percaya akan ayat ALLAH dalam surah
Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.[Albaqarah: ayat 216]

YA ALLAH ENGKAU tetapkan semangatku dalam Menjadi Houseman Muslim yg Baik dan ENGKAU permudahkan perjalanan karierku ini untuk mencapai
"MISSION STATEMENT"
ku..


Begin in the End of Doctor's mind..



Bahan-bahan yg diperlukan untuk "Sharpen the Saw"

Hari ini ak akan mengakhiri cuti panjangku selama 2 bulan untuk ke induksi dan bekerja as a real doctor..

Bagiku seronok x terhingga dapat keluangan masa sebegitu banyak kerana ak dapat "sharpen the saw" ilmuku dengan pembacaan buku2 yg bermanfaat dan penelitian drama 3 kingdom.... 1 disc ada 4 episode, 1 episode ada 1 jam cite, So ble
24 disc..cuba kira berapa jam ak abis...??wawawawa..Tapi
it's worth it to watch it cause i learned a lot from it

Dengan satu "principle centered" yg jelas dan betul,
Insyaallah akan ak galas tanggungjawab khalifah sebagai doktor muslim bermula hari ini.

....Ya Allah Permudahkan lar hambaMU ini menjalani kehidupan khalifah dimuka bumiMU ini....

Yang ikhlas,
Hamba yg berjiwa khalifah...

Proaktif: Antara Dikotomi Kefasikan dan Ketaqwaan


Proaktif: satu perkataan yg senonim dgn hebat dan effective...dan ak sebagai manusia suka bergaul dan bekerja dgn org yg bersifat proaktif..selama ak membaca apa yg dikatakan covey dalm bukunya 7 habit mengenai proaktif, yg ak dapat simpulkan apa yg dimaksudkannya adalah "the right to choose".."berkuasa untuk memilih"

Covey membezakan antara sifat proaktif dan reaktif dengan sangat tuntas..cuma ak sering mempersoalkan knpa seorg muslim sering kali gagal dalam menterjemahkan sifat sini kealam realiti..?? Knapa yer..??

Surah Assyams

Sifat ini telah pun dinukilkan dalam Quran ...

Demi Jiwa Beserta Kesempurnaanya, ALLAH mengilhamkannya jalan Yang membawanya kepada KEFASIKAN, dan Yang membawanya kepada KETAQWAAN, sesungguhnya BERUNTUNGLAH orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya MERUGILAH orang yang mengotorinya (Surah As-Syams ayat 7-10)

Boleh dilihat Sifat ini dalam semua tindakan kita seperti contoh ketika mendengar azan subuh, kita mempunyai kuasa untuk memilih untuk bangun atau sambung tido. Ketika nk ke kelas pada pukul 8 pagi kita mempunyai kuasa untuk memilih samada nak ponteng kelas atau pergi kelas/ ketika ingin ke surau untuk berjemaah kita mempunyai kuasa untuk memilih samaada nk pergi ke surau atau sembahyang sahaja di bilik. Dan Banyak contoh lain dalam menterjemahkan sifat ini didalam setiap kehidupan kita untuk membuat pilihan Kefasikan atau Ketaqwaan.

Seorang Pejuang ISLAM yang proaktif

Suka untuk ak memberi misalan dan perbandingan sebagai seorng pejuang ISLAM dengan seeorang salesman yg miskin yg sangat memerlukan wang...

Bayangkan seorng salesman yg tersepit dalam situasi seperti itu. Rasa2nya apa tindakan salesman itu tatkala merasakan kepentingan wang dalam hidupnya..semestinya tanpa diarah dan dinasihati..Dia akan “berkuasa untuk memilih” pelbagai cara dan kaedah untuk dicuba bagi mendapatkan pelanggan sekaligus die memperoleh pendapatan,

Munkin beliau akan mengetuk setiap rumah pintu menjual barang2nya,

Munkin beliau akan pergi ke setiap kedai dan menukar imejnya untk meyakinkan pembeli baranganya dan macam2 lagi tindakan tanpa disuruh akan dicubanya..

Kenapakah begitu..??? kerana Salesman tersebut merasakan keperluan duit didalam “PERNIAGAAN” nya membuat ia menggunakan sikap proaktif

Maka sekiranya kita yg muslim ini yg mana tanggunjawabnya besar sebagai khalifah bagaimana pula dalam kita menjalankan kerja islam..

Ayat quran assoff

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu PERNIAGAAN yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan BERJIHAD DI JALAN ALLAH dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (Surah As-Shaff ayat 10-11)


Jadi jika seorang pejuang itu percaya akan ganjaran Allah dan merasa keperluan tentang PERNIAGAAN yg Allah tawarkan yg tidak akan pernah sama nilai nya dgn perniagaan yg ada didunia ini, maka Renung2 kan lah....

Yang Ikhlas,
Hamba yg berjiwa khalifah...

Berkira Tentang Jodoh..

Selamat Bercinta Sampai ke Syurga Sahabatku...
Saat Membalas Ziarah ke rumah Pengantin Lelaki

Sepanjang Musim Cuti Sekolah ini adalah masa yg terbaik untuk melangsungkan perkahwinan, Jadi dalam masa 2 minggu ini sebanyak 2 mempelai telah ak hadiri majlisnye iaitu sepupuku Kak Hidayah dan sahabatku Ismael..

Apabila melihat dan menghadiri upacara akad nikah mereka, ia membuatkan ak tersenyum seakan membayangkan macam mana r ak nnt saat diajabkabulkan..???hahaha..dan siapalah jodoh ak erk..??

Bila bercakap soal jodoh, bagi diriku ia adalah kenangan trauma kerana ak pernah berusaha dan gagal sebelum ini dalam urusan mencari jodoh. Tak mengapalah mungkin bukan jodohku lagi.

Cuma apa yg ingin aku kongsikan dalam pengalamanku disepanjang Majlis sepupuku kahwin adalah Bagaimana faktor Masyarakat memberi Impak negative kepada IBU dan BAPAku dalam apa yg mereka inginkan dalam criteria memilih menantu.....

Untuk pemilihan pasangan bagiku ak memilih atas dasar sikap dan pegangannya pada agama, Jika si Dia proaktif dalam mencari amal soleh, baik dalam pemahaman tentang agama dan sopan dalam pergaulan...Inshaallah Ak memohon pada ALLAH agar ak dipermudahkan urusan...

Tapi bila Pemilihan itu melibatkan kriteria yg diberi Oleh IBU dan BAPA, ak terasa sgt berat dan ia mencetuskan konflik ketika berbincang soal ini dgn IBU dan BAPA. Mereka terlampau menekan aspek pangkat, keturunan keluarga dan paras rupa dalam memberi neraca penilaian.

Apa yg ak lihat ketika di Kenduri Kahwin, Aspek inilah yg diberi penekanan dikalangan ahli “Majlis Mesyuarat Tingkap” ketika Berbual soal siapa Jodoh Sipolan tue. “Dia kerja mana..??? Belajar Universiti ke..?? Handsome ke Pengantinya..?? Doktor sama Doktor ke..?? Org mana tue..?? Bapaknya kerja Apa..??..Si Perempuan lagi tua ke..??”, itulah soalan2 yg sering didengari dikalangan ahli mesyuarat tingkap...dan aspek itu memberi kesan yg besar kepada Ibu dan Bapaku dalam bab ini..Dan Ak baru tahu kenapa mereka terlampau ketat dan autocratic untuk memilih menantu..

Ya ALLAH....sukarnya ak meyakinkan mereka dalam calon pilihan yg ak MAHUKAN....

YA ALLAH aku memohon kepada ENGKAU agar ditemukan dengan calon isteri yg solehah yang IBU dan Bapa merestui si DIA sebagai bakal isteri.....

Yang Ikhlas,
Hamba yg berjiwa khalifah...

Ibrah from Exam



Sekarang ini musim exam...ak pernah melaluinya 1bulan yg lepas dan aku tahu bagaimana perasaannya...

Disini lah perasaan risau, gementar, takut ,berharap dan tawakal semakin memuncak..Perasaan itu akan lebih dirasa apabila saat2ً exam itu adalah ujian yang terakhir sebelum aku bergelar menjadi doktor....

Tatkala aku mengenangkan balik kenangan2 exam itu....ada satu benda yg aku belajar....

Manusia itu apabila keadaan lemah ia akan Beringat akan yg Maha Kuat

-Ketika masa aku berbual ngan si dia 4 bulan sebelum exam..belum pernah aku dengar akan perkataan Kalimah Allah..tetapi bilamana exam tinggal beberapa hari lagi aku mengadu dan berborak tentang risaunya exam dengan dia..Lantas dia berkata "Kita berharap dan berdoa je pada Allah, ko dah usaha yg terbaik kan.."...saat itu dalam hati ku berbisik "WOW..!!"

-Ketika beberapa hari sebelum exam bermula, aku tersenyum dengan wall post facebook masing-masing penuh dengan pengharapan dan permintaan pada Allah..

-Ketika beberapa hari sebelum exam bermula, aku kagum dan gembira dengan orang yang jarang nampak di surau, beramai-ramai turun ke surau dan bersama-sama solat hajat ,membaca yassin dan berdoa

Manusia itu apabila keadaan selesa ia akan Lupa akan yang Maha Pemberi

-Ketika beberapa hari selepas exam diumumkan,"Tak sia-sia usaha ak selama nie, jom malam nie bersiap-siap pergi dinner" "Yahoo..!!! Ak dah jadi doktor akhirnya...korang dah bleh panggil aku doktor" "Wei korng nk wat ape lepas nie...Jom pergi bercuti sepuas-puasnya"

-Ketika beberapa hari selepas exam diumumkan, aku menggelengkan kepala dengan wall post facebook masing-masing penuh bangga dengan keputusannya

-Ketika beberapa hari selepas exam diumumkan, terkejut dengan sikit bilangannya yang turun ke surau dan keadaannya tidak seperti sebelum exam

Aku takut ayat Allah dalam surah Ar-Ruum yg bermaksud :

[30:33] Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya

...Maha suci Allah daripada sifat yang tercela, Aku berdoa kepadaMu agar ditetapkan iman dan menjadi golongan yg sentiasa berzikir dan bersyukur kepadaMu Ya Allah...

Yang Ikhlas,
Hamba yg berjiwa khalifah...

Do they know the meaning of angry..??







Today the star newspaper report some of the israeli supporter enraged the scupture of ailing ariel sharon

What im really funny is this scuplture is made by israel people who also created this thing to remember sharon for his long absent from the public

The sculpture show his illness who previously suffered from stroke and that has seen left him in a coma...padan muka...!!!!!

p/s: flasback what's he done previous time towards palestin-do they know our enraged and angry..???

-Posted using BlogPress from my iPod Touch
(Saifulhaziq Noorman)

Semangat Baru..!!




Alhamdullilah.. Aku sudah menjumpai 1software yg bleh tulis blog kat ipod touch..nmpaknye xde alasan untk ak malas atau sukar menaip post baru... Inshallah ak akan gunakan software ini sebaik munkin
....
Nantikan semangat yg baru dalam menulis blog...(teringat masa perbincangan ngan hakem knpa perlu untuk kte menulis)....

-Posted using BlogPress from my iPod Touch
(Saifulhaziq Noorman)