Sekaligus Doa ini menjawab pertanyaan kenapa kita harus memilih bakal Isteri/Suami dalam perancangan hidup berkeluarga secara Islami
1)Sebagai Penyejuk Mata
2)Agar dapat menjadi Imam(Contoh) bagi orang yg mahu Bertaqwa
...Perjalanan Hamba Berjiwa Khalifah...
Pak cik: Doktor kenapa tidak biarkan saya mati je, saya berpuluh-puluh kali masuk hospital, dan macam2 penyakit dah saya ada, saya dah xsanggup tahan sakit dah”
Aku : Kenapa pak cik kata mcm tue, kami doctor kena berusaha untuk membolehkan pak cik sihat
Pak cik : X guna lar doctor, kalo pak cik nie ditakdirkan mati, akan mati jugak kan”
Aku : Abis tue pak cik dah putus harapan untuk hidup ke..???
Pak Cik: Bukan maksud pak cik putus harapan, cuma pak cik nak ingatkan diri pak cik dan doctor... Ingatlah pesan pak cik hidup ini adalah satu keberangkalian..!!
Aku: Kenapa pak cik kata macam tue..???
Pak Cik: Cuba doctor lihat semua benda dalam dunia ini adalah bermain dengan keberangkalian, Xde satu benda pun yg confirm dan pasti... Ketika doktor ambik exam dulu ..confirm ke doktor akan lulus exam dan terus menjadi doctor
Aku: X pakcik...kami exam susah nak lulus...berapa ramai kawan saya sangkut sebab exam
Pak cik : Tau pun...ada keberangkalian doktor akan lulus menjadi doctor atau gagal dalam exam dan terus terbantut untuk menjadi doctor kan..???
...ambik contoh lain org yg bertunang yang menginginkan sampai ke akad nikah , adakah confirm/pasti dia akan berkahwin dgn tunangnya itu...???
Aku: Ada keberangkalian die kawin ngan tunangnye ada keberangkalian die kahwin dengan org lain
Pak cik : Tahu pun...so dapat x doktor tunjukkan saya satu keadaan dalam hidup nie yg outcome resultnya PASTI atau CONFIRM tanpa ada KEBERANGKALIAN....
Aku berfikir sejenak sambil memindahkan darah kedalam blood tube untuk dihantar ke makmal....selang beberapa ketika...aku menjawab..
Aku: Xde lar pakcik....so kalo mcm tue , kami merawat pak cik pun adalah keberangkalian jugak larkan, ada probability pak cik sembuh , ada probability pak cik x sembuh...
Pak cik: Betul kata doctor ..tapi tahu x doctor bahawa dalam hidup nie ada satu benda je pasti
Aku: apa die pakcik..???
Pak cik: ...MATI...bila2 pak cik boleh mati cuma x tahu masa je...doctor pun xtau kematian doctor ble...bleh jadi saya mati dulu dari doktor...dan bleh jadi doktor mati dulu dari saya. Tapi yg pasti Kita berdua PASTI akan menemui MATI.......
"MISSION STATEMENT"ku..

Proaktif: satu perkataan yg senonim dgn hebat dan effective...dan ak sebagai manusia suka bergaul dan bekerja dgn org yg bersifat proaktif..selama ak membaca apa yg dikatakan covey dalm bukunya 7 habit mengenai proaktif, yg ak dapat simpulkan apa yg dimaksudkannya adalah "the right to choose".."berkuasa untuk memilih"
Covey membezakan antara sifat proaktif dan reaktif dengan sangat tuntas..cuma ak sering mempersoalkan knpa seorg muslim sering kali gagal dalam menterjemahkan sifat sini kealam realiti..?? Knapa yer..??
Surah Assyams
Sifat ini telah pun dinukilkan dalam Quran ...
Demi Jiwa Beserta Kesempurnaanya, ALLAH mengilhamkannya jalan Yang membawanya kepada KEFASIKAN, dan Yang membawanya kepada KETAQWAAN, sesungguhnya BERUNTUNGLAH orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya MERUGILAH orang yang mengotorinya (Surah As-Syams ayat 7-10)
Boleh dilihat Sifat ini dalam semua tindakan kita seperti contoh ketika mendengar azan subuh, kita mempunyai kuasa untuk memilih untuk bangun atau sambung tido. Ketika nk ke kelas pada pukul 8 pagi kita mempunyai kuasa untuk memilih samada nak ponteng kelas atau pergi kelas/ ketika ingin ke surau untuk berjemaah kita mempunyai kuasa untuk memilih samaada nk pergi ke surau atau sembahyang sahaja di bilik. Dan Banyak contoh lain dalam menterjemahkan sifat ini didalam setiap kehidupan kita untuk membuat pilihan Kefasikan atau Ketaqwaan.
Seorang Pejuang ISLAM yang proaktif
Suka untuk ak memberi misalan dan perbandingan sebagai seorng pejuang ISLAM dengan seeorang salesman yg miskin yg sangat memerlukan wang...
Bayangkan seorng salesman yg tersepit dalam situasi seperti itu. Rasa2nya apa tindakan salesman itu tatkala merasakan kepentingan wang dalam hidupnya..semestinya tanpa diarah dan dinasihati..Dia akan “berkuasa untuk memilih” pelbagai cara dan kaedah untuk dicuba bagi mendapatkan pelanggan sekaligus die memperoleh pendapatan,
Munkin beliau akan mengetuk setiap rumah pintu menjual barang2nya,
Munkin beliau akan pergi ke setiap kedai dan menukar imejnya untk meyakinkan pembeli baranganya dan macam2 lagi tindakan tanpa disuruh akan dicubanya..
Kenapakah begitu..??? kerana Salesman tersebut merasakan keperluan duit didalam “PERNIAGAAN” nya membuat ia menggunakan sikap proaktif
Maka sekiranya kita yg muslim ini yg mana tanggunjawabnya besar sebagai khalifah bagaimana pula dalam kita menjalankan kerja islam..
Ayat quran assoff
Jadi jika seorang pejuang itu percaya akan ganjaran Allah dan merasa keperluan tentang PERNIAGAAN yg Allah tawarkan yg tidak akan pernah sama nilai nya dgn perniagaan yg ada didunia ini, maka Renung2 kan lah....
Yang Ikhlas,
Hamba yg berjiwa khalifah...
Sepanjang Musim Cuti Sekolah ini adalah masa yg terbaik untuk melangsungkan perkahwinan, Jadi dalam masa 2 minggu ini sebanyak 2 mempelai telah ak hadiri majlisnye iaitu sepupuku Kak Hidayah dan sahabatku Ismael..
Apabila melihat dan menghadiri upacara akad nikah mereka, ia membuatkan ak tersenyum seakan membayangkan macam mana r ak nnt saat diajabkabulkan..???hahaha..dan siapalah jodoh ak erk..??
Bila bercakap soal jodoh, bagi diriku ia adalah kenangan trauma kerana ak pernah berusaha dan gagal sebelum ini dalam urusan mencari jodoh. Tak mengapalah mungkin bukan jodohku lagi.
Cuma apa yg ingin aku kongsikan dalam pengalamanku disepanjang Majlis sepupuku kahwin adalah Bagaimana faktor Masyarakat memberi Impak negative kepada IBU dan BAPAku dalam apa yg mereka inginkan dalam criteria memilih menantu.....
Untuk pemilihan pasangan bagiku ak memilih atas dasar sikap dan pegangannya pada agama, Jika si Dia proaktif dalam mencari amal soleh, baik dalam pemahaman tentang agama dan sopan dalam pergaulan...Inshaallah Ak memohon pada ALLAH agar ak dipermudahkan urusan...
Tapi bila Pemilihan itu melibatkan kriteria yg diberi Oleh IBU dan BAPA, ak terasa sgt berat dan ia mencetuskan konflik ketika berbincang soal ini dgn IBU dan BAPA. Mereka terlampau menekan aspek pangkat, keturunan keluarga dan paras rupa dalam memberi neraca penilaian.
Apa yg ak lihat ketika di Kenduri Kahwin, Aspek inilah yg diberi penekanan dikalangan ahli “Majlis Mesyuarat Tingkap” ketika Berbual soal siapa Jodoh Sipolan tue. “Dia kerja mana..??? Belajar Universiti ke..?? Handsome ke Pengantinya..?? Doktor sama Doktor ke..?? Org mana tue..?? Bapaknya kerja Apa..??..Si Perempuan lagi tua ke..??”, itulah soalan2 yg sering didengari dikalangan ahli mesyuarat tingkap...dan aspek itu memberi kesan yg besar kepada Ibu dan Bapaku dalam bab ini..Dan Ak baru tahu kenapa mereka terlampau ketat dan autocratic untuk memilih menantu..
Ya ALLAH....sukarnya ak meyakinkan mereka dalam calon pilihan yg ak MAHUKAN....
YA ALLAH aku memohon kepada ENGKAU agar ditemukan dengan calon isteri yg solehah yang IBU dan Bapa merestui si DIA sebagai bakal isteri.....

Copyright 2009 - Spiritual Journey All Rights Reserved. Powered by Blogger
Blogger Template by Deluxe Templates | WordPress theme by9th sphere