Asik-Asik Makan je..


"Asik-asik makan malam" itulah keluhan jiran berhampiran bilikku di Asrama Kampus Klang yg mana makan malam semacam menjadi tabiat kami hidup di klang ini. Btul juga kata die,keluhan die membuatkan ak tersentak dan berpikir… asik-asik keluar makan kat gerai luar..iskh ak nie knpa terlampau kerap makan malam sehingga kan perbelanjaaan duit poketku ku melebihi jangkaan perbelanjaan yg ak sasarkan…

Mana pergi Sifat Zuhud di dalam Islam yg sepatutnye ak cuba praktikkan..???

Sacara spontan ak membuka buku karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz…ak membaca satu bab dalam buku tersebut iaitu tokoh – tokoh zuhud dalam islam..di dalam buku tersebut antara Insan tebaik untuk dijadikan contoh adalah Nabi Muhammad SAW…Kehidupan Rasulullah sangat sederhana dan merupakan teladan terbaik kpd umatnye…Baginda sangat zuhud, hidup dalam keadaan serba sederhana dan kefakiran.Baginda makan sehari dan berlapar sehari.

Baginda bersabda, "Tuhanku menawarkan kepadaku untuk membuat gunung Batha' di Mekah menjadi emas. Aku berkata , 'Tidak wahai Tuhanku, yang aku mahu adalah kenyang sehari dan lapar sehari. Apabila aku lapar, aku akan bertadaruk kepadamu dan menyebut nama-Mu. Dan apabila aku kenyang, aku akan bersyukur dan memuji-Mu." (H.R Bukhari)

Ummul Mukminin Aisyah R.A berkata, "Keluarga Muhammad tidak pernah kenyang makan gandum selama tiga hari berturut-turut sejak baginda tiba di Madinah sehingga baginda wafat" (H.R Bukhari)..

MasyaAllah…Mulia benar Sifatmu Ya Rasulullah berbanding sifat kami…Jauh sungguh perbezaan Akhlakmumu dgn dgn Akhlak kami Ya Rasulullah…

Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari Azab api neraka(Al Baqarah:201)


0 comments: