Agak Provokatif sungguh tajuk artikel aku kali ini....Setelah membaca dengan khusyuk dan teliti buku Kiyosaki “Before You Quit Your Job” selama 2 minggu... aku menemui Peranan seorang Khalifah secara Tepat dan Jelas ....dan aku terpegun dan kagum dengan Pemikirannya walaupun tidak ada satu perkataan ‘Khalifah” pun yang tertulis dalam buku beliau
Apa itu Khalifah ...??
Khalifah hasil kajian dan Bacaanku....Ia sering dikaitkan
dengan Tujuan Hidup...
Sebagaimana yang kita ketahui Sebagai Seorang Islam ...
ada 2 Tujuan Hidup perlu kita sempurnakan iaitu Hamba Allah dan Khalifah Allah.....
Sebagaimana yang kita ketahui Sebagai Seorang Islam ...
ada 2 Tujuan Hidup perlu kita sempurnakan iaitu Hamba Allah dan Khalifah Allah.....
Dan Bilamana Khalifah ini diperincikan dan dihuraikan ....
Ia adalah Berbentuk Peranan dan Tanggungjawab Seseorang Manusia terhadap Makhluk Ciptaan Allah(Manusia,Alam dan Binatang)....
Dan Salah satu Peranan Paling Penting adalah dalam Tanggungjawab terhadap hubungannya dengan Manusia...
Ia adalah Berbentuk Peranan dan Tanggungjawab Seseorang Manusia terhadap Makhluk Ciptaan Allah(Manusia,Alam dan Binatang)....
Dan Salah satu Peranan Paling Penting adalah dalam Tanggungjawab terhadap hubungannya dengan Manusia...
Dan “MISSION STATEMENT” dalam Perhubungan itu adalah untuk “MEMAKMURKAN
BUMI” ke Arah “BALDATUN TOYIBATUN
WAROBUN GHOFUR”
1st Tangunggjawab Khalifah : “Finding Your Gift”
Tanggungjawab yang pertama untuk seseorang yang bergelar Khalifah adalah “Finding Your Gift” yang di Kurniakan oleh Allah untuk manusia.......
Setiap Manusia aku percaya mempunyai Gift(Anugerah) tersendiri, dan “Gift” itu selalunya adalah benda yang yang mempunyai nilai “Passsion” tanpa ada faktor lain yang menyuruh kita menyukainya..........
Ada Orang “Passion” nye adalah Education (Pendidikan)
Ada Orang “Passion” nye adalah Menolong Orang
Ada Orang “Passion” nye adalah Keewangan dan Pelaburan
Ada Orang “Passion” nye adalah Mentoring and Nurturing
Ada Orang “Passion” nye adalah Music dan Seni
Ada Orang “Passion” nye adalah Teknologi dan IT ...
dan Pelbagai “Passion” bakal dijumpai sekiranya Manusia itu mencarinya....
dan Pelbagai “Passion” bakal dijumpai sekiranya Manusia itu mencarinya....
Setelah Menjumpai “Gift” itu , Proses Pendetailan Gift itu harus diteliti dan diperinci ke arah ruang “Kritikal” yang diperlukan untuk Berperanan dalam Masyarakat seperti mana yang diungkapkan Kiyosaki didalam bukunye berkenaan “Spiritual Money”
“Spiritual Money is not about money. It’s about doing a job not because you want to do it, but because it must be done and you know deep down in your soul , you’re the one that is supposed to do it”
2nd Tanggungjawab
Khalifah : “Dedicated to giving your gift”
Tanggungjawab kedua bagi Seorang Khalifah ini adalah Proses Maturing dan Development terhadap “Gift”
Kalo “Gift” itu Doktor, ia memerlukan banyak proses Maturing
dan Development. Ia perlu menguasai Ilmu Anatomy, Ilmu Paediatric, Ilmu
Pharmacology, Ilmu Medical dan sebagainya.
Kalo “Gift” itu Usahawan , ia memerlukan banyak proses Maturing dan Development. Ia perlu menguasai Ilmu Finance, Ilmu Marketing, Ilmu Leadership , Ilmu Legal , dan sebagainya
Kalo “Gift” itu Ustaz, ia memerlukan banyak proses Maturing dan Development. Ia perlu menguasai Ilmu Agama, Ilmu Communication, Ilmu Presentation, Ilmu Psychology dan sebagainya
“ITQAN” itu pula kandungan nye Komitmen, Kemahiran yang
tinggi dan Iltizam.
Seperti mana yang diungkapkan Kiyosaki didalam bukunye berkenaan “Dedicated to giving your gift”
“Most people have to dedicate their life to finding and developing
their gift. Unfortunately , the world is filled with gifted people who never
develop their gift . Findings one’s gift can be hard work , and then developing
one’s gift can be even harder work. And that is why so many people appear to be
below average”
3rd Tanggungjawab Khalifah : “Giving Your Gift”
“Memberi lebih gembira daripada menerima”
“Hidup Untuk Memberi”
“What U Give , U Get Back”
“Memberi itu Satu Kepuasan”
“Hidup Cemerlang dengan Memberi”
Pelbagai ayat motivasi mengenai “Giving Your Gift” yang boleh kita temui didalam buku motivasi atau seminar yang dijalankan .
“Tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah, tangan diatas itu pemberi dan tangan yang dibawah itu peminta “ Riwayat al-bukhari
“Sebaik-baik Manusia ialah manusia yang memberi Manfaat kepada orang lain”
Riwayat al-baihaqi
Aku memetik akan Ustaz Nouman pernah memberitahu dalam
kuliahnya, Dakwah Islam itu sendiri adalah
elemen Memberi dan memberi itu boleh dibahagikan 3
1.
Memberi Pendidikan (Education)
2.
Memberi Bantuan /Pertolongan (Helping People)
3.
Memberi Perlindungan (Protect People)
Perjuangan
Khalifahku
Setelah mencari dan terus mencari dalam perananku Sebagai
Khalifah didalam dunia Kesihatan dan Pelaburan yang aku ceburi ini . Aku Kagum
setelah Menyelusuri Perjalanan Hidup Kiyosaki dalam bukunya, Yang mana Beliau
mencari Gift (Hebat sebagai seorang Usahawan(Entrepreneur) dan Pelabur(Investor))
dan “dedicated the gift” bersungguh-sungguh,
tanpa mengenal erti putus asa dan ikhlas dalam tanggungjawab (giving your gift)
memastikan Manusia Celik akan Keewangan dan menginginkan Masyarakat mendapat
status “Financial Freedom” . Prinsip itu tidak lari dengan Prinsip Islam dalan
Sunatullah Seorang Khalifah Usahawan. Moga2 kita mendoakan agar beliau mendapat
hidayah dan menjumpai Tujuan hidup Manusia yang sebenar-benarnya iaitu Hamba
Allah. Amin
Ya Allah Berikanku Semangat dan Kekuatan untuk
Memegang Amanah Khalifahmu ini dalam Dunia Kesihatan agar Matlamat ku Membentuk
MultiNasional Cooperation in Healthcare
menjadi salah satu Amal Soleh buat diriku di Akhirat kelak. Amin...
Coretan,
Hamba Yang BerJiwa Khalifah,
Dr Mohd Saifulhaziq Noorman
0 comments:
Catat Ulasan